Shuib kini penyampai Suria FM, DJ Lin mahu sokongan padu pendengar

Iklan
SHUIB SURIA FM

PELAWAK dan usahawan popular, Shuib kini bergelar sebagai penyampai baharu stesen radio Suria FM bermula hari ini.

Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dipilih digandingkan bersama Ajak dan Suraya Borhan mengendalikan segmen Morning Morning Suria yang sebelum ini dikenali sebagai Team Pagi Suria pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

Iklan
Iklan

Pengumuman yang dibuat pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu itu sekali gus menjawabkan teka-teki siapakah pengganti yang bakal mengisi kekosongan tempat ditinggalkan Fizi Ali yang menamatkan perkhidmatan dengan stesen radio tersebut pada Julai lalu.

Sebelum memulakan tugas dan perjalanan baharu bersama keluarga Suria FM, Shuib telah mengadakan majlis doa selamat di pejabat Loveta by Siti Sarah di Prima Bizwalk, Puchong, pada Ahad.

Iklan

Majlis bacaan doa dan tahlil tersebut turut dihadiri barisan penyampai Suria FM seperti DJ Lin, Sharifah Shahirah, Suraya Borhan dan Anna J.

[caption id="attachment_91027" width="800"] Sekitar majlis doa selamat yang diadakan oleh Shuib sebelum memulakan tugas baharu di Suria FM.[/caption]

Iklan

Dalam pada itu, Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta, DJ Lin berkata, kehadiran Shuib diharapkan dapat memantapkan lagi barisan penyampai sedia ada dan diterima baik pendengar radio tersebut .

"Semoga semua pihak sudi mendoakan agar perjalanan karier Shuib sebagai penyampai radio di Suria FM akan dipermudahkan ALLAH SWT dan semoga mendapat reaksi positif serta sokongan padu daripada pendengar,” katanya.

Terdahulu, Shuib pernah menjadi penyampai radio Hot FM sebelum mengundurkan diri pada Januari tahun lalu.

(FOTO: SURIA FM & INSTAGRAM SURAYA BORHAN)