MAKAN nasi bersama dengan minyak dan air. Itu yang dilalui wanita yang berhadapan dengan suami sakit bersama lapan anak.
Pendakwah, Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal dengan sifat pemurah membantu insan memerlukan.
Terkini, bapa kepada empat cahaya mata itu menghulurkan bantuan kepada seorang wanita di Ampang, ibu kepada lapan orang cahaya mata yang duduk di tepi jalan dan mengutip barangan terpakai.
Terkesan dengan situasi tersebut, Ustaz Ebit membantu menghadiahkan sebuah motosikal kepada wanita tersebut untuk kemudahannya.
"Sebak menangis rasa hati malam ni dapat berita seorang kakak di Ampang selalu kutip barang terpakai.
"Dah duduk lama di tepi jalan. Kadang makan nasi dengan minyak dan air. Suami sakit dan beliau seorang diri menyara anak-anak.
"Tak sangka dapat berjumpa. Terasa berat ujian hidupnya. Ya ALLAH tuhanku. Kasihan akak hidup begini. Beliau ada dapat bantuan zakat RM600.
"Semenjak suami sakit hidupnya makin susah. Motor rosak. Saya hadiahkan motor baru untuknya. Terkejut akak ni dapat motor baru. Beri sedikit duit belanja. Menangis je akak ni. Saya pun rasa sebak. Begitulahkan kehidupan. Setiap orang melalui ujian," coretnya di Facebook.
Baca juga Raut wajah lembut seiras, wanita teringin jumpa Fazura curi perhatian ramai
Paling meruntum hati apabila melihat kelapan-lapan anak yang sedang membesar.
"Anak-anak tadi berlari seronok tengok motor baru. Anak lapan orang. Yang besar Tingkatan Tiga. Kasihan anak-anak. Adik nak jadi apa? Saya nak jadi ustazah. MasyaAllah. Semoga dikabulkan ALLAH yer adik. Belajar rajin-rajin, jaga solat dan esok dah besar jaga mak ayah.
"Yakinlah ALLAH sediakan hikmah yang besar disebalik semua ujian hidup. ALLAH Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
"Terima kasih ye. Ulang kali cakap terima kasih. Tak dapat bayang macam manalah boleh makan nasi dengan air dan minyak. Tanya anaknya yang 10 tahun. Dia cerita goreng nasi putih dengan minyak dan letak bawang. Nasi goreng kosong.
"Allahuakbar. Maafkan kami ye anak-anak... semoga dimudahkan dan diberi keberkatan hidup kakak dan keluarga," kongsinya.
Semoga akhlak yang mulia, sifat pemurah dan kebaikan yang ditunjukkan oleh Ustaz Ebit ini boleh dijadikan panduan dan contoh buat kita semua.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.