'Fat shaming': Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf

Iklan
new

MENDIRIKAN rumah tangga pada 14 April lalu, aktres terkenal Bollywood, Alia Bhatt dan suami, Ranbir Kapoor kini gembira dan teruja menantikan kehadiran zuriat pertama mereka.

Kebahagiaan pasangan tersebut kian bertambah usai mereka bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Mengikut jangkaan, Alia bakal bersalin sekitar bulan Disember nanti atau mungkin awal tahun hadapan.

Iklan

Pun begitu, baru-baru ini suaminya, Ranbir Kapoor menerima kecaman warga maya gara-gara kontroversi body shaming.

Iklan

KENAIKAN BERAT BADAN

Itu semua bermula apabila sebuah klip video yang menyaksikan Alia dan Ranbir sedang berada dalam salah satu sidang media live, YouTube untuk mempromosikan filem lakonan mereka.

Ketika Alia sibuk melayan dan menjawab pelbagai pertanyaan tentang kerja-kerja promosi dan hebahan projek tersebut, Ranbir yang berada di sebelahnya tiba-tiba menyampuk sambil memandang ke arah perut isterinya itu.

Beliau secara terang-terangan menyindir tentang kenaikan berat badan yang dialami oleh Alia sejak hamil.

Biarpun isterinya hanya tertawa mendengar kata-kata si suami, namun berbeza dengan warga maya.

TERGURIS HATI

Rata-ratanya mengecam dan menganggap perbuatan pelakon lelaki itu sebagai fat shaming memandangkan pertambahan saiz tubuh merupakan hal sensitif bagi seorang wanita lebih-lebih lagi bagi yang sedang mengandung.

Menyedari kemarahan orang ramai, Ranbir kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada sesiapa yang terguris hati dengan gurauannya terhadap Alia Bhatt.

PERMOHONAN MAAF

Pun begitu, beliau mengakui isterinya langsung tidak mengambil hati tentang isu berkenaan dan hubungan mereka baik-baik sahaja.

"Saya sangat mencintai isteri melebihi segalanya. Mungkin gurauan yang saya cuba lakukan itu tidak menjadi. Bukan niat saya, kami sudah berbincang dan Alia hanya ketawa dan tidak mengambil hati pun.

"Mungkin cara saya bergurau agak teruk, akhirnya memakan diri sendiri," ujar Ranbir yang membuat permohonan maaf tersebut seminggu selepas isu berkenaan berlaku.

Sumber: Portal Hindustan Time, Twitter Lakeer Ka Fakeer & instagram aliaabhatt

Baca lagi 'Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.' Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan