Shahir akhirnya 'off market'

Iklan
E7C5792A-2F8E-4584-8C15-5B15C12240E9

PENYANYI Shahir Zawawi akhirnya selamat bergelar suami kepada suri pilihan hatinya, Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz pada jam 9.10 malam di Royal Ballroom, One City, Subang pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan Jaludin Nongche dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai.

Shahir, 34, menyerahkan mas kahwin RM300 bersama lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Pasangan itu akan diraikan dalam satu majlis di lokasi sama pada keesokan harinya.

Iklan

Sementara itu, Shahir juga memaklumkan akan membawakan sebuah lagu khas untuk suri hati berjudul Halal ciptaannya sendiri pada majlis resepsi nanti.

Terdahulu, penyanyi Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu mengikat pertunangan dengan usahawan merangkap pemilik butik asal Sabah berusia 33 tahun itu pada 16 Julai lalu selepas dua bulan berkenalan.

Iklan

Juara Akademi Fantasia musim kelapan dan Hijrahkan Laguku itu mengakui Jaskin atau mesra disapa Ekin adalah wanita yang mempunyai ciri suri pilihannya.