BLACKPINK, sebuah kumpulan penyanyi perempuan Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment diminati ramai di pelusuk dunia.
Kini kumpulan K-pop ternama itu mencipta sejarah dengan mempunyai 'subscriber' paling ramai di YouTube, hanya mengambil masa lebih enam tahun dan dua bulan untuk mencapai sasaran itu.
BLACKPINK dilapor berjaya mencatat lebih 80 juta 'subscriber' di saluran YouTube rasmi kumpulan itu, menjadikan mereka artis pertama yang mencapai kejayaan tersebut.
Kumpulan itu mula membuka saluran YouTube mereka pada 28 Jun 2016.
Memang sesuailah kumpulan BLACKPINK mempunyai ramai pengikut, ini tujuh fakta menarik mengenai kumpulan sensasi K-pop berkenaan;
1. Maksud BLACKPINK
BLACKPINK membawa maksud yang lebih mendalam daripada sekadar bermaksud penyatuan dua warna yang mempunyai perbezaan yang ketara.
Menurut wakil YG Entertainment, BLACKPINK merupakan percubaan untuk bercanggahan dengan persepsi umum terhadap warna merah jambu, seperti tanggapan bahawa warna tersebut hanya membawa maksud cantik.
Sebaliknya, BLACKPINK bermaksud kecantikan bukannya segala-galanya. Nama unik tersebut juga bukan sahaja melambangkan kecantikan malah juga bakat mereka.
Baca juga Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya
7. Lagu BLACKPINK yang anda perlu dengar!
BLACKPINK membuat debut pada 2016 dengan lagu ‘Boombayah’ yang tempo lagunya amat pantas.
Lagu dan visual muzik video tersebut yang dinamik bertujuan untuk memperkenalkan setiap ahli dan personaliti mereka yang unik.
‘Whistle’ merupakan lagu yang mempunyai ritma yang lebih perlahan dan ‘seksi’ dengan bunyi wisel yang menjadikan lagu ini lain daripada yang lain.
Seterusnya, ‘As If It’s Your Last’ mempunyai genre pop yang biasa tetapi apabila dicampurkan dengan gerak tarian pada korus lagu berkenaan, ia menjadi lagu yang berirama manis.
‘Playing With Fire’ pula berkisahkan percintaan itu seolah-olah bermain dengan api.
Seperti biasa, lagu BLACKPINK diiringi visual yang menarik dan juga irama serta korus yang akan melekat di kepala anda sepanjang hari.
Sumber: Soompi.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.