Kontroversi cium dahi, Meerqeen mohon maaf

Iklan
Meerqeen

PELAKON yang semakin meningkat naik, Meerqeen memohon maaf ekoran kontroversi mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri bulan lalu.

Menurut pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020 itu, dia akan lebih berhati-hati dalam tindak-tanduknya selepas ini.

Iklan
Iklan

Pada Ogos lalu, Meerqeen dilihat terlebih dahulu mencium dahi Kiky dan kemudiannya dibalas dengan ciuman di pipi oleh pelawak itu yang kemudiannya dimuat naik menerusi Instagram milik Kiky.

Iklan

Sebelum itu, nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu menjadi topik hangat selepas tular video berpelukan dengan peminat wanita.

[caption id="attachment_91742" width="640"] Meerqeen semakin dikenali selepas drama Melur Untuk Firdaus.[/caption]

Iklan

Ditanya adakah isu panas itu menggangu dirinya sehinggakan mengambil masa yang lama untuk bersuara, Meerqeen menafikan.

Jelas Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, dia menyerahkan selebihnya kepada pihak pengurusan.

"Ia tak mengganggu saya. Saya jenis fokus pada kerja, diri sendiri dan keluarga. Jadi, saya fikir ia tak kacau pun. Saya tahu apa saya nak.

"Apa yang berlaku di Jakarta itu pihak pengurusan saya akan menjawab. Tunggu masa sesuai. Saya minta maaf. Terima kasih,” jelasnya.

Drama Ash & Aish yang diarahkan oleh Helmi Yusof disiarkan di Slot Mega Drama saluran Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

Baca Juga : Lepas berlakon, menyanyi pula; Meerqeen akui cuba nasib

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan