Membeli-belah dengan bijak bersama PriceCather, pilihan premis tawar harga lebih rendah memang berbaloi

Iklan
pricecatcher

APLIKASI mudah alih, PriceCatcher yang dibangunkan dan diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna antara lain membantu rakyat Malaysia membeli-belah dengan bijak.

Inisiatif di bawah program 1Pengguna tersebut juga bertujuan untuk memudahkan orang ramai membandingkan harga bagi setiap produk yang dikategorikan sebagai barangan kering, segar dan berbungkus.

Iklan
Iklan

Mudah kata, aplikasi yang dimuat turun lebih 100,000 pengguna itu boleh membimbing pembeli untuk memilih premis berhampiran dengan tawaran harga lebih menjimatkan.

Iklan

Lebih diyakini apabila PriceCatcher turut diselaraskan dengan portal web Info Pengguna dan Sistem MyHarga (https://pricecatcher.kpdnhep.gov.my) untuk semakan harga yang dikemaskini dari semasa ke semasa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan