PENTAS Panggung Sari, Istana Budaya bakal kembali mencuri perhatian menerusi pementasan naskhah dramatari Ratu Kuning Langkasuka bermula 23 hingga 25 September nanti.
Pementasan dramatari yang jarang sekali diketengahkan itu akan menterjemahkan legenda kedukaan kisah cinta agung dengan diiringi muzik secara langsung oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Ratu Kuning Langkasuka diarahkan oleh penggiat seni teater tanah air yang berpengalaman luas dalam pementasan dalam dan luar negara, Sabera Shaik.
Dramatari tersebut mengetengahkan kisah perkahwinan pasangan diraja Ratu Kuning dan Yang Dipertuan Muda Johor yang tergugat dek kehadiran penari istana bernama Dang Sirat.
[caption id="attachment_92488" width="800"] Sesi latihan dramatari Ratu Kuning Langkasuka sedang rancak dilakukan.[/caption]
Pementasan ini bakal diterajui bintang berbakat besar iaitu Dayang Norinah sebagai Ratu Kuning dan Rudy Dr Luna Jr. sebagai Raja Muda Johor.
Dramatari Ratu Kuning Langkasuka akan dipentaskan selama tiga hari iaitu pada 23 & 24 September, jam 8.30 malam, manakala pada 25 September, jam 3 petang.
Tiket berharga RM35, RM55, RM85 dan RM125 boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my dan di Kaunter Box Office Istana Budaya.
(FOTO: ISTANA BUDAYA)