BUNGA hiasan antara penyeri yang mesti ada di dalam sesebuah kediaman. Tidak kiralah sama ada jambangan besar, mahupun di dalam pasu kecil, namun kehadirannya memberikan aura segar, sekali gus membangkitkan mood tenang dan mendamaikan.
Bagi yang gemar bunga hidup, pasti ia memerlukan lebih perhatian dan juga bajet yang besar kerana tidak tahan lama.
Berbeza dengan bunga hiasan plastik. Kita hanya perlu menggantinya dalam jangka beberapa bulan sehingga beberapa tahun jika sudah bosan atau ingin bunga yang baharu.
Setakat mengelap atau membersihkan dengan bulu ayam, habuk atau debu yang melekat pada bunga memang tidak akan hilang.
Justeru, SinarPlus kongsikan teknik mudah mencuci bunga plastik ini untuk nampak lebih baharu dan paling penting tahan lebih lama.
Tip mudah dan cepat tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hani Mynis.
Kata beliau, dari zaman budak-budak, rutin itu telah dilakukannya terutamanya setiap kali mahu sambut raya,
"Untuk deep cleaning, biasanya saya menggunakan air. Biasanya proses ini dilakukan enam bulan atau setahun sekali.
"Untuk kekalkan kebersihan pada pokok dan bunga, saya menggunakan kaedah seminggu dekali bagi buang habuk yang melekat. Memang menjimatkan masa," katanya.
Berikut langkah-langkah deep cleaning artificial plants and flowers:
1) Kumpulkan semua pokok atau bunga palsu yang ada dalam rumah sama ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur atau luar rumah.
2) Kemudian, susun mengikut kategori seperti jenis material pokok dan bunga, plastik atau polyester, silk, baldu, latex dan sebagainya. Susun juga mengikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dan sebagainya.
3) Bagi jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan terlebih dahulu sebelum dicabut, lebih-lebih lagi yang digubah siap di kedai. Kecuali bagi yang berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.
4) Boleh juga ikat sejambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu supaya tidak tertinggal setangkai bunga masuk ke dalam pasu lain. Ikat menggunakan getah atau cable tie.
CARA MENCUCI:
1) Sediakan besen berisi air paip bersuhu bilik. Sebaiknya, lakukan ia di sinki dapur atau bilik air berdekatan dengan air mengalir.
2) Masukkan satu sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan satu sudu pelembut atau pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut adalah essential oil (masukkan 4 titis).
3) Kacau campuran tadi sehingga berbuih.
4) Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan. Jangan campur-campur atau rendam kerana ada bunga atau daun yang gam nya yang tidak tahan cepat kembang atau tidak. Masukkan ke dalam campuran tadi. Kacau sedikit secara perlahan-lahan.
5) Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci itu dengan menggunakan jari. Tak perlu diberus, kecuali ada kesan kotoran degil. Sebaiknya, gunakan berus lembut seperti berus gigi terpakai.
6) Untuk setiap jambangan atau set bunga, ambil masa satu hingga dua minit sahaja. Jangan terlalu lama. Seandainya anda rajin melakukan teknik ini (dry cleaning), proses cucian ini tidak memakan masa yang lama memandangkan bunga tersebut tidak terlalu kotor. Bunga pun cantik dan tahan lebih lama. Malah, ia nampak seperti baru dibeli.
7) Selepas basuh terus bilas. Jangan basuh semua serentak, kemudian baru bilas.
8) Sebaiknya lakukan mengikut langkah demi langkah untuk setiap jambangan.
9) Basuh-bilas-jemur. Ulang teknik ini dengan jambangan bunga atau daun hiasan yang lain.
TIP BUNGA TAHAN LAMA
1) Tidak perlu bilas terlalu lama untuk elak bau pewangi fabrik hilang. Cara bilas adalah dengan tangkai ke atas. Pastikan setiap kelopak dan daun terkena air mengalir.
2) Jemur sehingga kering. Jangan terus angkat jika masih lembap kerana boleh rosakkan bunga seperti bertahi lalat, berkulat dan habuk juga mudah melekat pada pokok atau bunga.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan