KALAU tak habis makan lemang, jangan biarkan sampai basi. Kalau tak larat makan, lama-lama akan menjadi keras dan akhirnya dibuang.
Jadi sebelum perkara itu berlaku, adalah lebih baik jadikan kupadan lejen yang sedap dan rangup semestinya.
Ia dikenali sebagai inang-inang dan asalnya memang diperbuat daripada tepung pulut. Bila dah dimasak ia akan kembang macam keropok.
Rasanya memang sedap dan rangup. Jom kita cuba macam mana nak buat inang-inang ni menggunakan lebihan lemang.
Cara penyediaan keropok inang-inang:
1. Mula-mula ambil lemang dan potong nipis-nipis.
2. Selepas itu susun atas dulang dan bubuh pewarna sikit bagi naik serinya.
3. Ikutlah nak titik dengan sudu atau nak guna berus pun lagi senang.
4. Jemur sampai betul-betul kering.
5. Anggaran menjemur tu dalam 2-4 hari bagi betul-betul kering.
6. Bila dah kering, bolehlah goreng macam biasa ye dan sediakan minyak panas dalam kuali dan goreng macam keropok. Nanti dia akan kembang dengan sendirinya.
7. Siap!