Jac nombor 1 carta, Elly Mazlein gamatkan GV9

Iklan
GV9 - WEEK 1

PENYANYI Jaclyn Victor mengungguli carta teratas persembahan program Gegar Vaganza sembilan (GV9) apabila memperoleh markah tertinggi pada konsert minggu pertama yang bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Jac yang tampil dengan persembahan mantap menerusi lagu popularnya, Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang secara medley ternyata berjaya memikat barisan juri dengan markah 88.40 peratus (%).

Iklan
Iklan

Sementara itu, Hazrul Nizam pula berada di kedudukan terakhir dengan hanya memperoleh markah 56.20 %. Bagaimanapun penyanyi lagu Kaulah Segalanya itu terselamat apabila tiada penyingkiran dilakukan pada minggu ini.

Selain Jac dan Hazrul, GV9 menyaksikan persaingan sengit daripada barisan peserta lain seperti Shila Amzah, Tomok, Dina Nadzir, Bob Yusof, Roy Kapilla, Pat Candy, VE, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom dan Asheed Def Gab C.

Iklan

[caption id="attachment_92821" width="800"] Asheed, Haida, Roy Kapilla dan Tom[/caption]

[caption id="attachment_92823" width="800"] Bob, Shila Amzah, Hazrul dan Pat Candy[/caption]

Iklan

[caption id="attachment_92829" width="800"] Fuad, Dina, Tomok dan Jac[/caption]

[caption id="attachment_92830" width="800"] VE[/caption]

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala Rahimah Rahim sebagai juri jemputan.

Edisi kali ini mencuri perhatian ramai apabila membariskan bintang-bintang yang pernah bergelar juara beberapa pertandingan realiti, malah cukup dikenali menerusi kekuatan vokal dimiliki.

Tidak hanya itu, penampilan Elly Mazlein buat pertama kali bergandingan dengan Nabil Ahmad bagi menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang turut menggamatkan suasana.

Rata-rata penonton terhibur dan tidak kering gusi dengan telatah Elly yang bijak menghidupkan suasana konsert yang berlangsung selama tiga jam itu.

GV9 bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.

[caption id="attachment_92831" width="800"] Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz, Hetty Koes Endang dan Rahimah Rahim[/caption]

Kedudukan dan markah penuh konsert minggu pertama

1.Jaclyn Victor - 88.40 %

2.Shila Amzah - 85.00%

3.Tomok - 84.10%

4.Dina Nadzir - 83.80%

5.Bob Yusof - 83.60%

6.Roy Kapilla - 70.60%

7.Pat Candy - 68.40%

8.VE - 67.10%

9.Haida Hasnan - 65.70%

10.Fuad Rahman - 63.70%

11.Tom - 61.50%

12.Asheed Def Gab C - 61.20%

13.Hazrul Nizam - 56.20%

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)