MEMILIKI banyak akaun dalam platform berbeza membuatkan kita kadangkala terlupa kata laluan yang ditetapkan, apatah lagi kalau jarang sekali membuka akaun tersebut.
Namun, dengan aplikasi 1Password, semua kata laluan kalian akan disimpan dengan selamat dan hanya boleh diakses dengan mudah oleh pemilik sahaja.
Selain diiktiraf sebagai antara aplikasi terbaik pada tahun 2017, 1Password juga dinobatkan sebagai 100 Aplikasi Terbaik oleh Business Insider.
Portal antarabangsa seperti The New York Times, The Wall Street Journal, Forbes dan The Verge antara yang menggunakan teknologi berkenaan.
Memberi akses secara percuma selama 30 hari kepada pelanggan baharu, 1Password sesuai untuk semua peranti.
Baca juga Aplikasi paling dipercayai ramai, BetterSleep bantu tambah baik tabiat tidur lebih berkualiti
Berdasarkan rekod, aplikasi tersebut sudah dimuat turun lebih sejuta pengguna seluruh dunia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan