SEIRING bertambahnya usia, banyak perkara dan pengalaman yang dilalui manusia dalam meneruskan hidup di dunia bersifat sementara ini.
Umur yang meningkat juga perlu disyukuri. Walaupun terdapat beberapa perubahan yang menjadikan kehidupan kita tidak seperti dahulu, tetapi kita masih mempunyai banyak peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia.
Bila sebut pasal usia, hari lahir merupakan hari yang paling bermakna bagi sesiapa sahaja.
Selalunya pada hari tersebut, akan ada sesuatu yang istimewa berbanding hari-hari yang biasa. Ada yang dapat hadiah, ada yang belanja makan, ada yang buat majlis dan banyak lagi sebagainya.
Bagi pendakwah, Ustazah Asma’ Harun, sempena hari lahirnya ke 39 tahun, beliau mengambil kesempatan mendedahkan 39 kisah tentang diri sendiri.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, pendedahan itu mendapat perhatian ramai, sehingga kini hampir 5,000 titipan doa ditinggalkan di ruangan komen.
Berikut perkongsian beliau.
39 KISAH SEMPENA HARI LAHIR KE-39
1. Alhamdulillah, tepat jam 10.50 malam, 22 September 1983, 39 tahun yang lepas, saya dilahirkan di rumah ibu ayah di Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu.
Anak kepada pasangan cinta iaitu Harun Ismail dan Fikriah Awang. Ketika saya dalam kandungan, ibu berumur 20 tahun dan seorang siswazah dalam bidang fizik di Universiti Teknologi Malaysia, saya berada dalam kandungan seorang ibu yang sedang berjuang dalam menuntut ilmu.
2. Saya seorang kanak-kanak yang aktif, berdikari dan suka berkawan/geng di sekolah dan juga di kampung. Ada kalanya, sikap berani buat keputusan dan tindakan sendiri membuatkan ibu dan ayah rasa membelakangi mereka. Ia perlu dikawal.
3. Ketika alam kanak-kanak antara umur tujuh hingga 12 tahun, saya terkenal di kampung sebagai seorang jaguh kepada beberapa permainan. Pertama, permainan lompat getah. Biasanya saya akan menjadi ketua ataupun ibu kepada geng. Permainan lompat getah ini menguji ketahanan dan keseimbangan fizikal. Saya boleh lompat ketinggian melebihi kepala.
4. Permainan yang kedua ialah permainan galah panjang juga antara jaguh kampung dan selalu menang dalam permainan ini. Satu lagi permainan ialah rounders, di kampung dipanggil permaiman bola katok. Permainan rounders ni biasanya akan berlawan antara dua geng, geng perempuan dan geng lelaki, kelebihan lebih kepada lelaki kerana setiap kali bola dilantun, ia akan pergi sangat jauh. Kadang-kadang memecahkan tingkap rumah orang, teruk kena