Bil elektrik melambung tinggi? Apa yang perlu anda faham?

Iklan
Bil elektrik melambung tinggi? Apa yang perlu anda faham?

SEPERTI yang ramai sedia maklum, bagi meringankan beban rakyat Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion pada 27 Mac lalu.

Sehingga hari ini, satu persatu inisiatif telah dilaksanakan termasuklah pemberian diskaun penggunaan elektrik yang memperuntukkan diskaun berjumlah RM1,024.7 juta hasil kerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Iklan
Iklan

Namun, baru-baru ini pula tular apabila pengguna telah menerima bil elektrik terkini mereka dan mendakwa bayaran yang perlu dijelaskan kini meningkat.

Warganet juga mendakwa ‘ketidakadilan’ kaedah yang diguna pakai oleh TNB dalam mengenakan bayaran kepada pengguna elektrik sepanjang tempoh PKP.

Iklan

Demi memberi kefahaman dan gambaran jelas, salah seorang pengguna yang dikenali sebagai Noor Afifah di laman Facebook memuat naik satu posing mengulas berkenaan isu tersebut yang mendakwa jika TNB tidak berlaku adil, beliau juga akan turut terkesan.

Noor Afifah juga telah menunjukkan beberapa contoh bagaimana pengiraan sebenar dibuat supaya lebih jelas difahami oleh pengguna lain.

Iklan

Berikut merupakan pendapatnya tentang isu ini.

"TNB mengambil telah memutuskan yang mana tiada bacaan meter elektrik dan bil bercetak dikeluarkan sepanjang tempoh PKP, justeru bil bulanan dikira berdasarkan anggaran penggunaan bil bulan sebelumnya.

"Situasi itu terkecuali kepada pengguna yang menggunakan smart meter yang mana pengguna akan mendapat bacaan sebenar.

"Jadi, kalau TNB nak tukar kepada smart meter nanti, jangan bantah ye! Untuk kemudahan kita jugak sebenarnya. Bil sebenar hanya mula dibaca bermula pada bulan Jun.

"Bila dapat bacaan sebenar nilah yang membuatkan pengguna terkejut kerana menganggap bahawa bacaan bil dibuat secara kumulatif untuk Mac, April dan Mei yang menyebabkan mereka dikenakan caj pada tariff band yang lebih tinggi iaitu 51.6 sen/kWj, 54.6 sen/kWj dan 57.1 sen/kWj.

"Hakikatnya, TNB membuat kiraan secara prorata dengan mengambil bacaan secara purata bagi bulan Mac, April dan Mei.

"Jadi, memang tak sampai pun tariff band yang tinggi itu sekiranya penggunaan pada bulan-bulan tersebut adalah sama seperti bulan-bulan sebelum PKP.

"Masalahnya, kebanyakan pengguna di rumah menggunakan elektrik dalam tempoh PKP melebihi kebiasaannya. Al maklumlah semua orang kena duduk di rumah 24 jam sehari.

"Nak hilangkan bosan, anak-anak main game. Mak bapak yang bekerja dari rumah perlu gunakan laptop, iPad dan gajet lain yang perlu dicaj. Cuaca pun agak panas masa mula-mula PKP hari tu: aircond dan kipas 24 jam terpasang.

"Ramai juga yang suka mencuba resipi-resipi kek dan biskut yang melibatkan penggunaan oven sementara para ibu pun rajin memasak di rumah.

"Tau ajerlah oven banyak guna elektrik (any appliance yang guna heating element memang banyak guna elektrik) lampu-lampu pun asyik on semua bilik sebab semua ada di rumah. Betul tak? Secara tak langsung semua ini meningkatkan penggunaan elektrik," akuinya.

Malah, menurut Noor Afifah, penggunaan elektrik di rumahnya juga meningkat dua kali ganda sepanjang tempoh PKP!

"Memang tak menghairankanlah sebab saya sendiri akui penggunaan elektrik saya sangat tinggi sepanjang tempoh PKP.

"Jadi, sebelum komplen, kita cuba fahamkan dulu macamana bil dikira sepanjang PKP ye!” tulisnya.

Sumber : Facebook Noor Afifah