Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

Iklan
nwe sarimah

KEMUNCULAN Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim dalam program Gegar Vaganza musim Ke-9 baru-baru ini meraih perhatian ramai.

Ia sekali gus mengubat kerinduan peminatnya untuk melihat penyanyi tersebut kembali beraksi di pentas.

Iklan
Iklan

Ramai yang memuji penampilan beliau yang dikatakan masih kekal anggun dan awet muda walaupun sudah memasuki usia 43 tahun.

Iklan

Bahkan, ada yang berseloroh kononnya Sarimah seperti vampire dek kerana tidak dimamah usia dan kekal sama seperti dahulu.

Sarimah dalam satu perkongsian menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi peluang kepadanya melepaskan rindu dalam bidang pengacaraan.

Iklan

Menerusi status di laman Twitternya, beliau turut membalas pujian yang diberikan warga maya.

Bahkan, empunya diri mendedahkan amalan yang sering dilakukannya untuk kekal menawan dan sihat sentiasa.

Menurut Sarimah, beliau mengamalkan minum 2 liter air kosong setiap hari dan minum latte oatmilk sebelum bersenam.

"40 minit kardio kaw kaw, tujuh jam tidur. Bernafas secara dalam ke bawah perut,” ujarnya lagi.

Malah, beliau turut memberitahu, tidak mengamalkan memakai foundation setiap hari, tetapi rajin mencuci muka setiap malam sebelum tidur.

Paling penting kata ibu kepada  Tunku Sofia Najihah ini, dirinya menggunakan produk yang mempunyai SPF 50 plus.

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 2,600 yang telah mengulang kicau dan lebih 5,000 tanda suma di media sosial Twitter.

Nampak mudah kan petua Sarimah amalkan. Macam senang saja. Boleh cuba ni...

Sumber: twitter ?ref_src=twsrc%5Etfw">Sarimah Ibrahim 

Baca lagi 'Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.' Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan