Selepas Dukun, Dain Said kembali dengan Harum Malam

Iklan
FILEM HARUM MALAM

PENGARAH filem tersohor Dain Said, kini kembali dengan sebuah karya baharu yang dijangka bakal menambat hati peminat filem seram tanah air, Harum Malam yang akan ditayangkan di pawagam pada 9 Febuari 2023.

Filem ini berkisarkan pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia.

Iklan
Iklan

Keupayaan luar biasa itu mengakibatkan Iqbal sering diganggu dan diancam sehingga sukar untuknya membezakan antara realiti dan alam ghaib.

Filem terbitan Apparat dengan kerjasama D’Ayu Pictures dan Skop Productions itu dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Iklan

Naskhah tersebut juga diterbitkan dengan sumbangan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Menariknya, Harum Malam mendapat slot Tayangan Perdana Antarabangsa di Fantastic Fest (festival filem bercorak seram dan fantasi terbesar di Amerika Utara) yang diadakan di Texas, Amerika Syarikat pada 22 hingga 29 September ini.

Iklan

Pada bulan Oktober pula, filem ini akan mendapat Tayangan Perdana Eropah di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengetengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia.

Bagi pasaran antarabangsa, Harum Malam yang menggunakan judul Blood Flower akan diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula untuk pasaran Amerika Utara.