Bermalam hotel bertemakan penjara, lelaki ini kongsi pengalaman lucu buat ramai netizen geli hati

Iklan
hotel penjara

KREATIF mengubah suai bilik hotel bertemakan penjara, lengkap dengan tirai besi dan kelengkapan baju banduan!

Bayangkan bagaimana perasaan kalian apabila diberikan pilihan untuk bermalam di bilik lokap berkenaan?

Iklan
Iklan

Pengalaman lucu yang dikongsikan seorang pemuda dikenali sebagai Amirul Firdaus di akaun Tiktok baru-baru ini membuatkan netizen geli hati.

Mana tidaknya, pemuda tersebut bersama rakannya mencuba satu bilik unik berkenaan lengkap dengan dawai kawat, pintu geriji, televisyen dan tandas.

Iklan

Bilik pula jenis bujang dan bertingkat.

Video pendek berdurasi 31 saat itu membuatkan ramai teruja apabila ruang dekorasi bilik yang boleh memuatkan dua orang itu nampak kemas dan cantik.

Iklan

Sepadan dengan tema bilik penjara, kerusi santai berwarna belang hitam putih dengan dinding tembok bata merah kena dengan suasana.

Apa yang melucukan, gelagat Amirul Firdaus bersama rakannya yang tergelak besar sebaik sahaja melihat bilik tersebut.

"Update hari ini, alhamdulillah kita orang sudah habis tahanan dan dah habis reman.

Baca juga Satu-satunya di Malaysia, hotel dalam jet peribadi suntik kelainan. Ini fasiliti yang disediakan

"Keadaan bilik air ada shower, ada paip, sinki dan pintu, yang penting ada pintu," katanya.

Tidak hanya bilik berkonsepkan lokap ditawarkan premis yang terletak di Kota Tinggi, Johor berkenaan, malah terdapat bilik lain.

Antara dekorasi kamar yang dikongsikan seperti bertemakan hantu, muzikal, pantai, lanun, hutan dan Jepun mewah.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian video pendek tersebut teruja melihat tema hotel yang lain daripada lain

Pertama kali tengok penjara siap ada penghawa dingin dan televisyen.

Menarik bilik dia. Macam-macam ada.

Naya Pak Karim kalau orang singgah honeymoon.

Hotel ini banyak lagi desain yang ada, sangat kreatif.

Dapat bilik tema hutan, seketul kepala rusa dia gantung dekat dinding.

Memang betul-betul tercapailah impian sesiapa yang teringin nak masuk penjara.

Aduhai, komentar netizen memang tidak pernah mengecewakan.

Memang kreatif pemilik hotel tersebut yang cuba bersaing dalam industri perhotelan dengan idea luar biasa.

Mesti selepas ini ramai yang booking mahu bermalam di sana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan