PASANGAN popular, Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas muncul dalam satu video di Youtube 'myFazura'.
Menerusi perkongsian itu, kelihatan pelakon Mat Kilau tersebut sedang menata rias isteri kesayangannya itu.
Gelagat lucu Fattah yang tidak mahir dalam bab solekan mencuri tumpuan ramai.
Apatah lagi, beliau asyik disakat isteri kesayangannya membuatkan dirinya tampak malu-malu.
Rupa-rupanya, ayah kepada Nur Fatima Aisya itu diminta berbuat demikian sempena ulang tahun Fazura yang ke 37 tahun.
Akui empunya diri, itu merupakan kali pertama beliau memekapkan wajah seorang wanita.
Patutlah, nampak kekok dan Fattah juga mengaku tidak tahu akan nama-nama alat mekap tersebut.
Lebih melucukan, Fazura mengadu kononnya tangan suami kesayangannya itu berbau asam pedas.
"Tangan bau asam pedas sikit. Ya, saya ada terbau sambal sama ada ayam ke udang. Tetapi tidak mengapa, ini pakej mekap," ujar Fazura sambil ketawa dan diakui Fattah yang memberitahu ada makan sambal sebelum itu.
Video tersebut tular di media sosial. Rata-rata warga maya mengakui cukup terhibur melihat gelagat pasangan sama cantik sama padan itu.
Bahkan, ada yang memuji kononnya, Fattah selepas berkahwin semakin kelakar.
Berikut SinarPlus kongsikan petikan kata-kata netizen:
"Fazura kalau tidak menyakat suami, memang tidak sah."
"Gelak besar saya tengok. Cantik Faz."
"Comel dan lawak je pasangan ni."
"Aduhai kak Faz, sweet sangat."
"Sportingnya pasangan ini. Semoga bahagia hingga ke syurga."
"Antara pasangan yang saya suka tengok. Semoga Fattah dan Fazura kekal bahagia hingga ke syurga."
Sumber: YouTube 'myFazura'
Baca ni 'Fat shaming': Sindir isteri sendiri gemuk selepas hamil, suami Alia Bhatt mohon maaf
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan