Tersingkir di minggu ke-3, Haida tetap puas hati dapat tunaikan keinginan peminat beraksi di pentas GV9

Iklan
GEGAR VAGANZA 9 - WEEK 3 (1)

PENYANYI Haida Hasnan akur meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9), apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Haida yang menyampaikan lagu Nang nyanyian asal Iman Troye itu mendapat markah paling rendah daripada barisan juri dengan 53.40% peratus.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh tiga hari, saya sudah berusaha untuk bawakan lagu ini dengan sebaiknya. Jadi apa sahaja yang berlaku hari ini, saya okey dan menerima sahaja. Paling netizen yang pilih lagu ini dan saya cuba sehabis baik, semampu yang boleh.

"Apa-apa pun terima kasih kepada GV9 kerana memberi peluang kepada saya untuk berada di sini, sekali gus memenuhi permintaan peminat-peminat yang ingin dengar nama Haida Hasnan di pentas ini.

Iklan

"Terima kasih juga kepada barisan juri atas segala komen dan teguran yang diberikan kepada saya sepanjang di pentas GV9,” ujarnya sebaik diumumkan tersingkir.

[caption id="attachment_94120" width="800"] Dina Nadzir, Bob Yusof, Pat Candy dan Hairul Nizam[/caption]

Iklan

[caption id="attachment_94121" width="800"] Jaclyn Victor, Tomok, Asheed Def Gab C dan Shila Amzah[/caption]

[caption id="attachment_94122" width="800"] Fuad Rahman, Elly Mazlein, Tom, Jac dan VE.[/caption]

Dalam pada itu, Shila Amzah mengungguli tempat pertama dengan markah 78.80% menerusi lagu Secangkir Madu Merah, sekali gus melayakkan dirinya dinobatkan sebagai Bintang Memukau Adabi dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan produk Adabi berinali RM500.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Persaingan konsert diteruskan pada minggu hadapan bersama Shila Amzah, Bob Yusof, Hairul Nizam, Asheed Def Gab C, Jaclyn Victor, Tomok, Fuad Rahman, VE, Dina Nadzir, Pat Candy dan Tom.

GV9 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.

[caption id="attachment_94119" width="800"] Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan Datuk Ramli MS[/caption]

Kedudukan dan markah peserta pada minggu ketiga

1. Shila Amzah – Secangkir Madu Merah (78.80%)

2. Bob Yusof - Zalikha (77.30%)

3. Hairul Nizam – Fatwa Pujangga (71.90%)

4. Asheed Def Gab C – Yang Penting Hepi (71.60%)

5. Jaclyn Victor – Perawan Atau Janda (71.40%)

6. Tomok – Hukum Karma (66.80%)

7. Fuad Rahman – Gadis Melayu (65.90%)

8. VE – Dari Sinar Mata (61.90%)

9. Dina Nadzir – Laksamana Raja Di Laut (61.70%)

10. Pat Candy – Cinta Gila (56.90%)

11. Tom – Goyang Inul (55.50%)

12. Haida Hasnan – Nang (53.40%)

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)