IDEA sebuah taska dipercayai di luar negara ini meraih perhatian ramai apabila murid-muridnya dilatih untuk tidak menerima pemberian daripada orang tak dikenali. Hal ini sekali gus berkesan mengelakkan kes jenayah seperti penculikan.
Video yang dipercayai berasal dari luar negara itu dikongsikan semula pengguna TikTok nshyafira.
Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan usia empat hingga enam tahun diuji oleh seorang wanita dewasa yang cuba menyerahkan makan ringan kepada mereka.
Warga maya memuji kumpulan kanak-kanak berkenaan yang mengikuti arahan dan tidak bertegur sapa dengan orang tidak dikenali walaupun meraung kerana tidak boleh mengambil makanan ringan tersebut.
Malah ada dalam kalangan mereka cuba bertindak meloloskan diri dengan menarik tangan apabila cuba ‘dilarikan’.
[caption id="attachment_94211" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]
Ujar mereka:
-"Biar mereka menangis, dari kita yang menangis. Bukan untuk menakutkan,tetapi supaya mereka faham. Idea bagus.”
-"Macam anak-anak di Korea mereka diajar begini. Mereka malah diajar cara selamatkn diri apabila berlaku penculikan atau kecemasan.”
-"Latihan macam ini bagus. Sebab kanak-kanak lebih peka dengan apa yang mereka nampak daripada apa yang kita pesan.”
-"bagus pendekatan ini. Learning by doing. Biar mereka menangis ketika ini dariapda menangis apabila perkara sudah jadi.”
Sumber: TikTok nshyafira
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi