Simpan rasa sakit hati, tak perlu buka aib pasangan. Kalau tak mampu, jumpa pakar. -Fiza Frizzy

Iklan
20221008_013603_0000

Simpan rasa sakit hati, tak perlu buka aib pasangan. Kalau tak mampu, jumpa pakar.

IBARAT satu trend masa kini, sesetengah pasangan memilih media sosial sebagai ruang menjaja kisah rumah tangga.

Iklan
Iklan

Bahkan, ada dalam kalangan mereka secara terbuka mendedahkan hal dalaman keluarga yang sepatutnya menjadi rahsia selamanya.

Ibarat membuka pekung di dada, mereka menggunakan kuasa viral di laman sosial sebagai alternatif menyelesaikan masalah.

Iklan

Baca ni Pernah cekik, pukul anak, Angelina Jolie dakwa bekas suami panas baran dan kaki pukul

Iklan

Tanpa sedar, cara tersebut mengundang masalah yang lebih serius.

SinarPlus baru-baru ini berkesempatan mendapatkan pandangan pengacara, Fiza Frizzy berkenaan isu tersebut.

Beliau yang kini sedang hamil anak ketiga berkata, tidak wajar satu-satu pasangan itu melondehkan perilaku buruk masing-masing.

"Tidak dinafikan, ada sesetengah individu yang sudah lama memendam perasaan, membuatkan ada yang memilih untuk meluahkan masalah rumah tangga di media sosial.

"Demikian juga dengan sesetengah selebriti. Bagi yang mempunyai pengikut ramai, mungkin ada yang menyokong dan anggap cara dibuat selebriti itu tidak salah," ujar Fiza atau nama sebenarnya Nur Hafizah Md Saad.

Pun demikian kata pengacara Borak Bibir Merah terbitan SinarPlus, Sinar Harian itu, pendedahan di platform tersebut secara tidak langsung membuka aib sendiri, mahupun pasangan.

Ia bukanlah kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan kemelut yang dihadapi bertambah rumit.

"Kalau bercakap soal membuka aib pasangan tak kisah suami kuat tidur atau isteri tidak pandai  masak, ia masih dikira aib.

"Justeru, sama ada aib kecil atau besar, walau macam mana sakit hati sekali pun, kalau boleh, simpan atau pendam di dalam hati. Dalam masa yang sama, cuba selesaikan masalah tersebut bersama pasangan.

"Andai  tiada jalan penyelesaian, maka anda boleh berjumpa dengan pakar tertentu atau peguam. Saya kira pendekatan itu masih lagi dalam konteks tertutup tanpa mengaibkan mana-mana pihak.

Tambah Fiza lagi, jika perkahwinan tidak mampu diteruskan, tidak perlu digembar-gemburkan punca mengapa ikatan itu terlerai.

"Apabila jalan penyelesaiannya adalah perpisahan, anggap setakat itu sahaja jodoh anda berdua. Tidak perlu diperbesarkan.

"Usah juga kaitkan dengan orang ketiga, keempat atau membuka aib atau kelemahan masing-masing," ujar Fiza lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami  DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi