"ALHAMDULILLAH", demikian ungkap penyanyi, aktivis kemanusiaan dan penceramah motivasi, Mizz Nina setelah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Lebih istimewa, beliau turut membawa bersama anak angkatnya, Musa.
Baharu sahaja dikurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) baru-baru ini, Mizz Nina meluahkan kesyukuran dan menitipkan doa buat Musa.
Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa
"Alhamdulilah Ya Rabb kerana mengizinkan kami berada di sini bersama ️ Musa. Sejak dari usianya beberapa bulan melihat dan mendengar cerita haji, Alhamdulilah Musa dapat melihat perkara sebenar!
"Ya ALLAH. Jadikan Musa sebagai cahaya untuk ummah, dikurniakan dengan akhlak baik, warisan yang kuat dan semoga kehidupan ini dijalani dengan iman dan takwa.
"Soleh dan tawakal, Musa dikurniakan tarbiah yang baik. Semoga al-Quran mengajarnya semua yang perlu diketahui untuk mengharungi arus hidup ini dan akhirat aamiin," coret Mizz Nina buat Musa yang genap sembilan bulan 19 September lalu.
Pengasas aplikasi Qalby App itu terdahulu mengumumkan Musa sebagai anak angkat pada Mac lalu. Ketika itu Mizz Nina mendedahkan Musa berstatus mahram kepadanya dan sudah tiga bulan hadir di dalam keluarga.
Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman terkenal dengan pelbagai kerja dakwah menerusi rancangan Islamik terbitannya sendiri, DopsTV yang banyak menghasilkan siri televisyen dan program bual bicara.
Baca juga: Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah- Mizz Nina, Noh sah bercerai
Sumber: Instagram officialmizznina
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi