Akhiri status duda, Aman Ra kembali bergelar suami

Iklan
AMAN RA

PENYANYI Rap, Aman Ra megumumkan berita gembira kini kembali bergelar suami apabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hati.

Perkongsian tersebut dilakukan penyanyi Bangun itu menerusi satu hantaran di laman Instagaram miliknya pada Isnin beserta sekeping gambar bersama isteri pada hari bahagia mereka.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Dengan rendah hati, ingin saya berkongsi selesai sudah majlis akad nikah kami.

"Doakan yang terbaik, dan terima kasih atas segala sokongan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Iklan

Difahamkan isteri Aman, 35, yang dikenali sebagai Hani Amira itu merupakan kakak kepada pelakon Aisha Hasnaa dan cef selebriti, Anis Nabilah.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikut Aman Ra mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buatnya dan isteri.

Iklan

Terdahulu, Aman Ra pernah mendirikan rumah tangga dengan Natiqah Rahmat, sebelum bercerai pada 5 Ogos tahun lalu. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa yang kini berusia tiga tahun.

(FOTO: INSTAGRAM AMAN RA)