KONSERT Sabyan & Seventeen yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 15 Oktober ini ditunda ke satu tarikh baharu pada November depan.
Pihak penganjur, RR Brothers Studio menerusi satu kenyataan kepada media berkata, keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas beberapa sebab.
Iklan
Iklan
"Berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti. Tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.
"Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu.
”Nantikan pengumuman tarikh baru kelak,” ujar Jimmy Edward mewakili pihak penganjur.
Terdahulu, dua kumpulan popular dari Indonesia itu mengumumkan kolaborasi perdana bakal mengadakan konsert istimewa buat peminat di Malaysia pada Sabtu ini.
Kolaborasi tersebut mengundang teruja peminat setia mereka yang melihat kekuatan karya yang berunsurkan kerohanian dan alunan muzik kedua-dua kumpulan ini mampu mendamaikan dan sesuai dengan pasca sambutan Maulidurasul.
Artikel Berkaitan