Capai misi, 'Jelajah Morning Morning Suria Belanja Makan' terima sambutan luar biasa

Iklan
SURIA FM (1)

PROGRAM Jelajah Morning Morning Suria Belanja Makan anjuran Suria FM yang berlangsung di Kelantan, Terengganu, Pahang pada hujung September lalu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat setia stesen radio tersebut.

Setiap lokasi terpilih untuk acara itu dibanjiri peminat daripada pelbagai lapisan umur sejak awal pagi untuk memberikan sokongan, selain mengambil peluang beramah mesra dengan barisan penyampai Morning Morning Suria iaitu Ajak, Suraya dan Shuib.

Iklan
Iklan

Sebagai tanda penghargaan, Suria FM turut menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai RM5000 untuk dimenangi menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang acara berlangsung. Antaranya sesi soal jawab, karaoke santai, serta persembahan daripada artis jemputan.

[caption id="attachment_94799" width="800"] Peminat mengambil peluang untuk beramah mesra dengan penyampai Morning Morning Suria.[/caption]

Iklan

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, siri Morning Morning Suria Belanja Makan itu sangat istimewa kerana pertama kali menampilkan Shuib, penyampai baharu stesen tersebut untuk segmen Morning Morning Suria.

"Kami amat berbesar hati dan bersyukur dengan sambutan hebat daripada peminat Suria FM di Kelantan, Terengganu dan Melaka terhadap acara Jelajah Morning Moring Suria Belanja Makan pada tahun ini.

Iklan

”Lebih terharu apabila melihat para peminat sudah pun tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang untuk makan bersama penyampai kesayangan mereka,” katanya.

Program tersebut akan diteruskan pula ke beberapa lokasi terpilih di Pulau Pinang dan Perak bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober depan.

Keluarga Suria FM akan berkampung di sana selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad untuk beramah mesra dan belanja pendengar Suria FM makan secara percuma.

Morning Morning Suria yang dikendalikan oleh gandingan bersama Ajak, Suraya dan Shuib itu ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi.

(FOTO: SURIA FM)