Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia

Iklan
ROBBIE COLTRANE

PELAKON dan penulis komik veteran Robbie Coltrane yang terkenal dengan watak Rebeus Hagrid dalam francis filem Harry Potter meninggal dunia di sebuah hospital di Falkirk, Scotland pada Jumaat.

Berita kematian bintang kelahiran Scotland itu disahkan olehnya ejennya, Belinda Wright.

Iklan
Iklan

"Teman saya, Robbie Coltrane meninggal dunia pada Jumaat, 14 Oktober. Secara peribadi, saya akan mengingatinya sebagai aktor yang luar biasa dan seorang yang sangat bijak. Selepas 40 tahun menjadi ejennya, saya pasti akan merindui,” ujarnya kepada BBC News.

Punca sebenar kematian Coltrane atau nama sebenarnya Anthony Robert McMillan, 72, tidak didedahkan, namun beliau sebelum ini dilaporkan pernah menderita sakit sendi sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.

Iklan

Ketika hayatnya, beliau yang pernah mencipta rekod Guinness Book of Records kerana memenangi anugarah Pelakon Lelaki Terbaik di BAFTA sebanyak tiga kali berturut-turut pada 1994, 1995 dan 1996.

Selain Harry Potter, beliau turut membintangi filem James Bond: Golden Eye pada 1995 dan James: The World Is Not Enough (1999), selain drama TV popular berjudul Cracker.

Iklan

Coltrane meninggalkan isteri, Rhona Gemmell dan dua anak iaitu Spencer dan Alice.