“Dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah” - Oktovia Manrose

Iklan
OKTOVIA MANROSE

SETELAH lebih setahun tampil dengan imej berhijab, pelakon Oktovia Manrose mendedahkan penghijrahan itu adalah berkat doa dan istiqamah bapanya yang juga penyanyi dangdut era 1990-an, Iwan Syahman.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada Rabu, Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas usaha berterusan bapanya yang ingin melihat dia berubah menjadi lebih baik.

Iklan
Iklan

"Berkat doa dan istiqomah seorang bapa. Mujahadah sendirian untuk menebus kekhilafan dulu. Usahanya sangat terasa. Masya-ALLAH dia menjadi asbab saya mendapat hidayah dan berubah.

"Tiada apa yang lebih beruntung daripada nikmat iman dan Islam yang ALLAH beri sekarang. ALLAH bagi rasa dan bagi faham. Masya-ALLAH sangat luar biasa,” ujarnya.

Iklan

Dalam perkongsian sama, pelakon Bila Cupid Jatuh Cinta itu berkata, dia kini semakin faham tentang tujuan hidupnya dan berasa rugi jika terus mensia-siakannya.

"Hari berlalu, makin kuat rasa cinta kepada ALLAH SWT dan Rasullullah SAW, makin saya faham apa tujuan hidup.

Iklan

"Dunia adalah ujian semata-mata untuk kita mengumpulkan saham di akhirat. Yang pasti kehidupan selepas dunia adalah lebih dasyat. Umur di dunia sangatlah singkat berbanding beratus ribu tahun di akhirat lamanya, nauzubillahminzalik.

"Tersangatlah rugi kalau mensia-sia diri dengan kemungkaran. Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian. Itulah hakikat yang sebenarnya,” luah Oktovia yang juga kakak kepada pelakon Aprena Manrose.

[caption id="attachment_95481" width="800"] Oktovia sentiasa dikelilingi insan-insan tersayang.[/caption]

Akui wanita berusia 31 tahun itu lagi, sebelum ini dia pernah bertanya kepada diri sendiri apakah sempat berubah dan menerima pengampunan daripada Maha Pencipta.

Namun berkat kesungguhan dan keikhlasan hatin mencari reda ALLAH, satu persatu perubahan yang lebih baik berlaku kepada dirinya.

"Sentiasalah bersangka baik dengan ALLAH dan percaya bahawa Dia akan terima setiap doa umat-Nya yang benar-benar ikhlas. Perlahan-lahan mendidik diri untuk mendapat reda ALLAH.

"Bukan saja daripada banyaknya ibadah kita lakukan seharian, tapi daripada istiqamah dalam melakukan kewajipan pada ALLAH SWT. Alhamdulillah ALLAH dengan sifat Ar- Rahman Ar- Rahim dan Al- ghofur, bagi peluang.

”Satu persatu perubahan dalam diri. Masya-ALLAH saya bersyukur. Semuanya asbab usaha niat ikhlas dan doa seorang bapa yang soleh. Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa merahmatimu wahai ayahanda Iwan Syahman,” katanya.