Bantu rakyat terjejas dek Covid-19, usah tambah wabak kemaruk politik rayu Ustaz Kazim

Iklan
Untitled design (31)

SETIAP yang berlaku dalam kehidupan kita sepatutnya diambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Iklan
Iklan

Yang penting lihatlah daripada sudut positif. Misalnya dalam pada negara dan dunia kini yang terkesan dek wabak Covid-19, ramai yang terjejas terutamanya berkaitan mencari rezeki.

Inilah masanya kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. Sebagai masyarakat yang prihatin, kita boleh membantu golongan yang terjejas.

Begitupun, masih ada kelompok yang bersikap sebaliknya dalam kalangan kita. Sikap sedemikianlah yang diharap dapat diubah seperti diharapkan oleh penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias.

Iklan

Bukan sahaja beliau, rata-rata masyarakat marhaen kita mengharapkan perkara yang sama.

Ini antara luahan dalam komen akan perkongsian warganet susulan rayuan Ustaz Kazim dalam Facebook beliau kelmarin:

Iklan

Betul Ustaz, dlm kita bimbang wabak yg melanda, ada yg masih sakit di jiwa.Biarlah ustaz kita doa yg baik baik agar wabak ni cepat berhenti.

Betul sangat tu ustaz...wabak penyakit boleh dibendung lagi...tp sakit sebab gila kuasa xde ubatnya.. Semoga mendapat hidayah dari Allah SWT... dilindungi negara kita dari pihak yg xbertanggungjawap..

Apa jua kita lakukan..lakukanlah  kerana Allah ..kerana itu fikir2lah seblm melakukan sesuatu..betul tu Ustaz semuga rakyat di Malaysia aman damai selagi ada pemimpin yg baik hati...??

Sepatutnya kita semua bersatu...Allah dh bgi ujian tpi masih lgi x sedar..Sekurangnya bersyukur..Ikut hati mati ikut rasa binasa ?

Sedih dengan apa yg berlaku skrg.Ya Allah selamatkanlah malaysiaku..aamin

Wabak kemaruk kuasa ni lg bahaya...Tiada penawarnya

Virus ni lebih bahaya dari covid 19. Ianya boleh melingkupkan negara. Serabut kita jadinya.

Berkata benar walaupun pahit

Teruskan menjadi masyarakat yang prihatin dan saling membantu

Sedih

Terdahulu dalam status dimuatnaik olehnya itu, Ustaz Kazim mengingatkan tentang 'tugas' kita sepatutnya dalam menghadapi wabak Covid-19 dan kesannya.

Ya, kita sebagai rakyat biasa, tiada apa yang diharap selain hanya berdoa agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di samping keluarga tersayang dan masyarakat di sekeliling.

Benar tiada siapa yang sempurna di atas muka bumi ini. Justeru penting untuk  ingat-mengingatkan dan saling menasihati supaya tidak lari daripada tujuan sebenar kita diwujudkan di dunia yang sementara.

Semoga perkongsian Ustaz Kazim ini menjadi peringatan untuk kita bersama.  -AG #rantaiankasih