Sweet Qismina sah bergelar isteri Adam Lee pada hari lahir ke-25

Iklan
4D37D294-8177-423A-985B-7930319A6C04

PASANGAN pelakon Adam Lee dan Sweet Qismina selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi, Isnin.

Lebih istimewa, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, bergelar isteri pada ulang tahun kelahirannya yang ke-25, dan dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya, Fahed Ashraf Supandi, disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Ustaz Mohamad Khairi Hussein.

Iklan
Iklan

Dalam majlis pernikahan yang diadakan di The Boathouse, Tasik Ampang itu, Sweet menerima mas kahwin sebanyak RM2410.97 yang menjadi simbolik tarikh lahir pelakon itu pada 24 Oktober 1997 dan lima dulang hantaran, di balas tujuh dulang oleh Sweet buat suami tercinta.

Bagaimanapun pasangan yang pernah membintangi drama Bidadari Salju di TV3 pada 2020 memilih untuk merahsiakan wang hantaran.

Iklan

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu, juga pada sambutan ulang tahun kelahiran ke-24 Sweet.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 selepas Sweet mempelawa Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee menemaninya ke sebuah anugerah berprestij.

Iklan