'CANTIKNYA genetik ini', demikian reaksi warganet menatap foto-foto empat anak bekas pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain.
Sudah lama tidak melihat kelibat wanita ini , mungkin ramai yang merindui kepetahan Nurul Syuhada mengendalikan program atau bual bicara di kaca televisyen.
Meniti usia 38 tahun, wanita kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu rupanya kini sedang menikmati momen indah seorang ibu.
Sudah lama tidak ke udara, Nurul Syuhada kini sibuk menumpukan kepada keluarga dan aktif di laman sosial Instagram berkongsi perkembangan anak-anak.
Baru-baru ini, sekeping foto yang dimuat naik Nurul Syuhada menarik perhatian warga maya yang rata-rata memuji kecomelan anak-anaknya.
Disebabkan wajah si kecil persis kacukan, ada yang bertanya sekiranya juara Malaysian Top Host 2005 itu atau suaminya memiliki darah campuran Inggeris atau Arab.
-"Cantiknya genetik ini, semua memiliki wajah orang putih (Mat Salleh)."
-"Nurul Syuhada Melayu atau kacukan?"
-"Kenapa semua macam anak patung ni? Masya-ALLAH comel."
-"Alololo semua comel, yang paling kecil macam anak patung."
-"Semua macam orang Arab."
-"I am seeing a Mat Salleh family here."
-"Cute semua anak Nurul Syuhada."
Rupanya telahan warga maya tepat kerana cahaya mata bekas pengacara Malaysia Hari Ini itu sememangnya mewarisi darah kacukan dari sebelah bapa mereka.
Selama 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
Sumber: Instagram @nurulsyuhadanurulain
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi