Tak pernah mengecewakan, inovasi baharu Neo Cushion Matte dan Glow memancarkan lagi keserian wajah anda

Iklan
f- laneige

Tak pernah mengecewakan, inovasi baharu Neo Cushion Matte dan Glow memancarkan lagi keserian wajah anda

NEO Cushion daripada Laneige yang dilancarkan pada tahun 2020 pernah terjual lebih 3.85 juta unit.

Iklan
Iklan

Pada tahun seterusnya, jenama itu bekerjasama dengan Maison Kitsune, NEO Cushion X Maison Kitsune juga laku keras. Ledakan itu terus mendorong Laneige memenuhi permintaan pengguna.

Terkini, label dari Perancis itu dalam satu kenyataan akhbar menyebut, mereka memperkenalkan inovasi Neo Cushion Matte dan New Cushion Glow yang masing-masing memiliki fungsi tersendiri.

Iklan

Secara umumnya, Neo Cushion Matte terdiri daripada:

Iklan

i) Ultralight, Natural Matte Fit

-Memberi kemasan ultraringan dan semula jadi. Ia membantu menyembunyikan liang-liang dan ketidaksempurnaan pada wajah.

ii) Full yet Weightless Coverage

-Didatangkan dengan formula ringan yang melekat halus pada kulit dan memastikan solekan anda tahan lama. Hanya satu hingga dua lapisan sapuan sudah cukup untuk menyembunyikan kecelaan kulit.

iii) All day, Sweat Resistant Wear

-Kulit nampak lebih licin dan tanpa cela. Menariknya, solekan akan tampak sentiasa segar sepanjang hari.

Bagi Neo Cushion Glow pula, teknologi dewy-lasting akan membantu menghidrat, sementara kandungan niacinamide akan mencerahkan kulit si pemakai.

Sementara Liquid Diamond yang diproses secara unik akan menjadikan kulit anda berseri-seri dari setiap sudut.

Laneige NEO Cushion x Maison Kitsune edisi terhad boleh didapati secara eksklusif di Laneige Official Store (my.laneige.com) dan Laneige Official Store di Shopee, bermula dari 1 Oktober lalu.

Laneige NEO Cushion (Matte/Glow) pula boleh didapati di kaunter Laneige, Laneige Social Store di Facebook dan Instagram. Selain itu, pembelian juga boleh dilakukan di platdform Lazada, Shopee, Zalora, Hermo dan GrabMart.

Laneige NEO Cushion x Maison Kitsuné Edisi Terhad boleh didapati dalam 2 set:

Laneige NEO Cushion Matte x Maison Kitsuné (21N/23N) & Set Eco Beg – RM270

Laneige NEO Cushion Matte x Maison Kitsuné (21N/23N) & Set Beg Bersilang – RM260

Laneige NEO Cushion Glow & Matte – RM170

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi