Tiga beranak sehidup semati maut rempuh lori baiki jalan, rasa tidak sedap hati ayah akhirnya terjawab

Iklan
2

TIGA beranak sehidup semati. Jururawat Zubaidah Abdul Rajak, 28, suami, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan anak mereka Muhammad Rizqi, setahun maut apabila kereta yang dinaiki merempuh lori yang sedang membaiki lebuh raya.

Kejadian yang menyayat hati itu berlaku di Kilometer 216, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka apabila keluarga kecil itu dikatakan sedang bergerak menuju ke Port Dickson untuk bercuti.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_96420" width="800"] Kredit foto:" target="_blank" > Bernama[/caption]

Berikut kronologi kejadian:

Iklan

1-Menurut Komander Operasi Pengawai Kanan Bomba (PBK) ll KUP, Ezanee Hamat, kemalangan maut itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda Jazz dan lori dua tan jenis Isuzu.

2-Mangsa tiga beranak menaiki kereta terbabit dan kedua-dua kenderaan dipercayai dari arah sama iaitu selatan.

Iklan

3-Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata ketiga-tiga mereka maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

4-Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati pemandu lori, Mohamad Asri Abdul Razak, 43, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan telah berhenti pada lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon apabila kereta dipandu Muhammad Nazirul Syafiq datang dari arah belakang dan melanggar lori berkenaan.

5-Pemandu lori berkenaan ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 410) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rasa tidak sedap hati ayah terjawab

[caption id="attachment_96423" width="800"] Kredit foto:" target="_blank" > Bernama[/caption]

Pemergian keluarga kecil itu seolah-olah sudah dirasai bapa tersayang sejak dua minggu lalu.

Bapa Zubaidah, Abdul Rajak Sakiman, 66, menceritakan mimpi yang dialami sebagai petanda. Apatah lagi kehadiran anak keenamnya itu tidak kunjung tiba ke lokasi percutian di Port Dickson.

"Bila dia (arwah) tak tiba di Port Dickson, lagi saya rasa tidak sedap hati, namun saya tidak meluahkan pada isteri kerana bimbang keadaan kesihatannya.

"Tiba sahaja di hospital, sedih rasa bila diberitahu ketiga-tiga mereka telah meninggal dunia. Apa pun saya sekeluarga reda dengan ujian ini," katanya.

[caption id="attachment_96422" width="800"] Kredit foto: Sinar Harian[/caption]

Menurut Abdul Rajak, perasaan tidak sedap hati yang dirasai sejak dua minggu lalu akhirnya terjawab. Katanya dalam tempoh dua minggu sebelum pemergian anaknya itu, dia juga sering bermimpikan arwah yang memakai pakaian berwarna hitam dan putih.

Mengenang pemergian Zubaidah, Abdul Rajak menyifatkan anak perempuannya itu penyayang dan prihatin.

"Beliau selalu telefon, bertanya khabar dan bertanyakan keadaan isteri saya yang perlu menjalani dialisis setiap minggu," katanya yang bertemu Zubaidah kali terakhir ketika bercuti di Desaru, Johor bulan lalu.

Malah kata Abdul Rajak. salah seorang anak perempuannya sempat bertemu dengan Zubaidah ketika di Plaza Tol Skudai dan melihat raut wajah arwah yang berbeza sebelum masing-masing meneruskan perjalanan.

Sumber: Sinar Harian 1, 2, Bernama 1, 2