KEHADIRAN subvarian Covid-19 Omicron XBB menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini.
Umum mengetahui virus Covid-19 terus bermutasi sebagai satu cara untuk terus bertahan dan membiak.
Ia berkecenderungan untuk berubah apabila ia merebak, mencipta strain dan varian yang berbeza dengan gejala dan kadar jangkitan yang berbeza-beza.
Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini mengesan gelombang kecil subvarian tersebut negara ini dan menjangkakan berlaku sedikit peningkatan kes wabak berkenaan beberapa minggu akan datang.
Baca juga: Mula dikesan India, ini 10 info dan simptom Omicron XBB wanita perlu tahu
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter barru-baru ini berkongsi kes harian Covid-19 menghampiri 4,000 ribu hari ini yang mana 96 peratus yang dijangkiti pada kategori satu dan dua.
"Kes COVID menghampiri 4,000 ribu hari ini. 96% kategori 1 & 2.
Kita sedang mengalami gelombang jangkitan. Samada gelombang ini kecil atau besar bergantung pada tindakan kita.
1) Pelitup muka sangat digalakkan tempat sesak/tertutup.
2) TRIIS
3) Ubat Paxlovid untuk high risk patient.
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) ?ref_src=twsrc%5Etfw">November 2, 2022
Baca juga: Anak kecil hidap resdung lebih berisiko dijangkiti influenza dan Covid-19. Ini penjelasan pakar
Berikut info mengenai sub-varian ini yang perlu anda tahu bagi meningkatkan kewaspadaan:
1-Sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah berkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada.
2-ia adalah recombinant daripada sub-varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dengan beberapa mutasi tambahan pada spike protein.
3-Ia lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron yang lain.
4-Selain bekas pesakit Covid-19 varian Delta, individu yang berisiko menjangkiti mereka yang tidak dijangkiti Covid-19.
5-Mereka yang dijangkiti varian Omicron lebih daripada enam bulan juga berisiko dijangkiti.
6-Selain itu mereka yang mengambil dos vaksin terakhir lebih daripada enam bulan lalu juga boleh dijangkiti Omicron XBB ini.
[caption id="attachment_96936" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
7-Kementerian Kesihatan dalam kenyataan berkata peningkatan bilangan kes baharu dan indikator-indikator utama yang lain adalah dijangkakan susulan pengesanan sub-varian Omicron XBB di Malaysia.
8-Bagaimanapun, belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.
9-Individu yang telah menerima vaksin boleh dijangkiti sub-varian tersebut, namun vaksinasi masih memberikan perlindungan yang baik terhadap penyakit Covid-19 yang serius.
10-Adalah penting untuk mendapatkan dos penggalak bagi yang layak terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi.
Covid-19 masih ada di sekeliling kita, justeru sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan berwaspada selalu. Semoga langkah yang diambil mampu menghindarkan diri dan keluarga daripada sub-varian ini.
Baca juga: #SiBibirMerah: Wanita, pilihlah memakai pelitup muka untuk keselamatan diri, anak, orang lain
Sumber: KKM
Kredit foto utama: Freepik, Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi