Ahmad Idham tidak mahu sekadar janji politik

Iklan
Ahmad Idham

PENGARAH dan pelakon, Dr Ahmad Idham Mohd Nazri yang merupakan calon P132 Parlimen Port Dickson dari Gerakan Tanah Air (GTA) di bawah logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau sebaliknya akan terus mendapatkan data-data secara organik di peringkat bawahan agar dapat menyelami setiap permasalahan yang ada.

Iklan
Iklan

"Saya tak mahu bercerita soal manifesto pada waktu sekarang. Itu selepas kita dapat mengenal pasti masalah berlaku.

"Jadinya pada minggu pertama berkempen, kita akan menyantuni masyarakat dan mengenal pasti masalah yang berlaku di Port Dickson.

Iklan

"Pada minggu kedua kita akan beritahu bagaimana kita akan cuba selesai masalah mereka," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ahmad Idham berkata, dia tidak mahu sekadar berjanji politik tetapi hakikatnya bukan seperti mana realiti yang berlaku di bawah.

Iklan

Bagaimanapun beliau mengakui sebagai parti baharu, mereka tidak mempunyai peruntukan yang besar seperti lain.

"Tapi apa yang kami ada, kami ada hati yang besar untuk membantu masyarakat di Port Dickson.

"Sebab itu sekarang saya bukan sekadar jatuh cinta dengan Port Dickson, tetapi sebenarnya hati saya sudah terpahat di sini,"ujarnya.

[caption id="attachment_97162" width="800"] Ahmad Idham turut ditemani ibu (berdiri tengah) dan isteri tercinta.[/caption]

Sebelum itu beliau hadir ke Pusat Penamaan Calon di Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini dengan berbaju Melayu berwarna putih kelihatan teruja sambil ditemani oleh isteri serta empat anak termasuk kedua ibu bapanya.

Menurut Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan itu, beliau sememangnya serius untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Port Dickson.

"Saya nak menjadi ahli keluarga Port Dickson kerana falsafah saya kita perlu jadi sebuah keluarga, baharu kita tahu masalah antara kita.

"Oleh sebab itu setiap langkah saya masuk ke pusat penamaan calon tadi, saya rasa teruja kerana ini pengalaman pertama saya bertanding dalam pilihan raya," jelasnya.

Menurut Ahmad Idham, beliau juga sudah dua minggu tinggal di Port Dickson kerana mahu memberi komitmen dan mengenali pengundi.

"Saya sanggup mengenepikan semua kerja dalam industri seni sejak beberapa bulan lalu.

"Sebelum ini saya bergerak di sini sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana saya menyantuni anak istimewa, tetapi sekarang saya bergerak sebagai bakal ahli Parlimen," katanya.

Pada PRU15, Parlimen Port Dickson menyaksikan pertembungan lima penjuru yang membabitkan Ahmad Idham, calon (BN), Datuk P Kamalanthan, Datuk Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan), Rafiei Mustapha (Perikatan Nasional) dan Abdul Rani Kulup Abdullah (Bebas).

oleh SYAMILAH ZULKIFLI