Ranbir Kapoor, Alia Bhatt timang anak pertama

Iklan
RANBIR KAPOOR, ALIA BHATT

PASANGAN popular Bollywood, Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt selamat menimang cahaya mata sulung, yang juga bayi perempuan pada Ahad.

Menerusi laporan media antarabangsa, pasangan itu dilihat tiba di Hospital Girgaon, Mumbai, India pada awal pagi tadi dan berita Alia selamat bersalin mula bertebaran tidak lama selepas itu.

Iklan
Iklan

Tidak lama kemudian, ahli keluarga kedua-dua pelakon itu termasuk ibu Alia, Soni Razdan turut dilihat tiba dih hospital berkenaan.

Sekadar info, Ranbir dan Alia telah mendirikan rumah tangga pada 14 April lalu selepas empat tahun bercinta.

Iklan
Iklan