Dina Nadzir terselamat, produksi GV9 tambah seminggu lagi

Iklan
GEGAR VAGANZA 9

PENYANYI Dina Nadzir terselamat daripada penyingkiran di konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA pada Ahad.

Keputusan itu menyaksikan Dina bersama lapan peserta lain iaitu Jaclyn Victor, Tomok, Shila Amzah, Bob Yusof, V.E, Hazrul Nizam, Fuad Rahman dan Asheed akan mara ke minggu suku akhir yang berlangsung minggu depan.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, pihak produksi GV9 juga membuat keputusan untuk menambah seminggu lagi siaran program itu dan konsert final yang sepatutnya berlangsung pada 20 November ini dianjak ke 27 November.

Perkara tersebut diumumkan oleh dua pengacaranya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein selepas selesai segmen Ada Lagu Ada Lagi.

Iklan

Dalam pada itu, pada konsert bertemakan You Like I Like, Jaclyn muncul sebagai bintang mingguan dan berada dikedudukan teratas dengan markah85 peratus (%).

Kumpulan V.E di tempat kedua dengan markah 80.40% manakala Tomok pula cemerlang di kedudukan ketiga (79%).

Iklan

Kesemua penyanyi yang bertanding diadili oleh tiga juri tetap iaitu Ramli, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz. Manakala penyanyi Indonesia, Raisa sebagai juri jemputan.