Najwa Latiff kini bergelar isteri, Akwa Ariffin jadi pilihan

Iklan
NAJWA LATIFF

PENYANYI Najwa Latiff, selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin, 30, dengan hanya sekali lafaz di di Batu Pahat, Johor sekitar jam 8.30 pagi Jumaat.

Majlis ijabkabul yang berlangsung di sebuah hotel itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Iklan
Iklan

Pada majlis penuh harmoni itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa mas kawin 2.5 gram emas kepada Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif.

Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan ahli keluarga kedua belah pihak.

Iklan

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, Najwa, 27, turut berkongsi momen istimewanya bersama suami dengan memuat naik foto pertama mereka selepas bergelar pasangan suami isteri.

Iklan

"Alhamdulillah, kami dah grad @akwaarifin,” tulis penyanyi Cinta Muka Buku itu ringkas.

Menurut pengurusnya, Azahari Jaafar, pasangan pengantin baharu itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung selepas solat Jumaat pada petang ini.

Najwa dan Akwa sebelum ini pernah tampil bekerjasama menerusi dua single duet berjudul Dua dan Tak Kisah Pun.