PROGRAM muzik popular, Muzik Muzik kembali mencuri perhatian ramai apabila 30 buah lagu terbaik diumumkan layak ke peringkat separuh akhir (SFMM37) yang akan berlangsung pada 25 dan 26 November ini.
SFMM37 bakal menyaksikan persaingan sengit daripada karya pelbagai genre melibatkan nama-nama besar yang bergiat aktif dalam industri muzik termasuk bekas juara dan finalis yang pernah mencipta nama di pentas Anugerah Juara Lagu sebelum ini.
Antara yang mencuri tumpuan adalalah seperti Joe Flizzow, Liza Hanim, Jaclyn Viktor, Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Aina Abdul, Ernie Zakri, selain barisan bintang baharu yang sedang meningkat naik.
SFMM37 bakal bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dan dihoskan oleh pengacara Muaz Mohamed dan Izzue Islam.
Berikut merupakan senarai penuh 30 buah lagu SFMM37
1. Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)
Ciptaan: Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis dan Shah Shamshiri
2. Esok (Amir Masdi)
Ciptaan: Shazee Ishak, Audi Mok
3. Tak Sangka (Asyraf Nasir, Yonnyboii & Zynakal)
Ciptaan: Yonnyboii, Zyn Akal, Asyraf Nasir
4. Demi Kamu (Indah Ruhaila)
Ciptaan: Johan John, Khaleel
5. Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi)
Ciptaan: Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim
6. Cukup Derita Itu (Siti Nordiana)
Ciptaan: Tam Spider, Siti Rosmizah
7. Nang (Iman Troye)
Ciptaan: Ezra Kong, A Ramle
8. Takluk Cinta (Hafiz Suip)
Ciptaan: Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, John Jeves
9. Korban (Ernie Zakri)
Ciptaan: Ernie Zakri
10.Berani (Dolla)
Ciptaan: Johm Reeves, Firdaus Rahmat
11.Berakhirlah Pencarianku (Hafiz Suip & Ernie Zakri)
Ciptaan: Ikhwan Fatanna, Wan Salleh, Datuk A Aida
12.Bahagiakan Dia (Liza Hanim & Shila Amzah)
Ciptaan: Aliff Iskandar, Que Afiq
13.Sengsara (Khai Bahar)
Ciptaan: John Jeeves, Firdaus Rahmat, Omar K
14.Payung Pelangi (Noki & MK)
Ciptaan: Noki, MK
15.Perempuan (Jaclyn Victor)
Ciptaan: Johan John Khaleel
16.Shila Amzah (Khilaf Asmara)
Ciptaan: Amylea
17.Kisah Hati Lara (Naqiu)
Ciptaan: Johan John, Khaleel
18.Kembali Terang (Marsha Milan)
Ciptaan: Senna, Jin
19.Irama (Shiha Zikir)
Ciptaan: Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, John Jeeves
20.Sempurna (Insomniac)
Ciptaan: Imsoniacks ciptaan Iqie, Danial
21.Hitam Saksi Putih (Haqiem Rusli)
Ciptaan: Haqiem Rusli
22.Terus Hidup (Aina Abdul)
Ciptaan: Aina Abdul
23.Mainan (Naim Daniel)
Ciptaan: Firdaus Rahmat, Omar K, Mas Dewangga, Arisz Ab Rahman
24.Damba (Khai Bahar)
Ciptaan: Iqie Hugh, Omar K
25.Sama Seperti Dulu (Hael Husaini)
Ciptaan: Hael Husaini, Iqie Hugh
26.Habis Sini (Naim Daniel & Joe Flizzow)
Ciptaan: Naim Daniel, Joe Flizzow, Sonaone, Mas Dewangga, Firdaus Rahmat
27.Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)
Ciptaan: Sonaone & Joe Flizzow
28.Makuta (Hazama, Luca Sickta, Kmy Kmo)
Ciptaan: Hazama, Kmy Kmo & Luca Sikta
29.Sumpahan Salju (Ara Johari)
Ciptaan: Ziin, Jerry
30.24434 (Floor 88)
Ciptaan: Zai Hamzah, Achoi Floor 88