LIMA orang kanak-kanak termasuk sepasang bayi kembar menjadi piatu sekelip mata selepas kereta dipandu bapa merempuh treler. Kejadian tragis itu benar-benar menyentuh hati warganet
Lebih memilukan, beberapa foto beredar di laman sosial memaparkan bayi kembar dipangku dan seorang kanak-kanak lelaki sedang ditenangkan anggota bomba dan penyelamat serta orang awam.
Baca juga: Anak tak sempat bergelar doktor maut dilanggar bas universiti, ibu tuntut pampasan RM8.1 juta
Ujar mereka:
-"Innalillah wainnalillah hirojiun. Salam takziah. Allahu ada bayi kembar.”
-"Innalillahiwainnalillahirajiun. Al-Fatihah. Mungkin pemandu tidak dapat mengagak kelajuan treler yang terlalu perlahan di lebuh raya.”
-"Bukankah 6.30 pagi hingga 9.30 pagi kenderaan berat dilarang lalu di situ?”
-"Kalau kita perhatikan kenderaan berat yang parkir di tepi lebuh raya kerana parkir RNR penuh atau mereka tidak mahu parking dalam (RNR). Segelintir pemandu kenderaan berat tidak memasang lampu gelap gelita, pelekat pemantul cahaya pun tiada. Sesetengah RNR hanya terang di kawasannya sahaja, jalan masuk dan keluar gelap.”
-"Tidak terbayang apabila kedua-duanya hendak menyusu. Semoga ALAH SWT permudahkan urusanmu wahai anak."
Sekelip mata kejadian memilukan itu menjadi tular di laman sosial. Berikut 10 info berkaitan mendedahkan kronologi kejadian:
1-Kemalangan difahamkan berlaku berhampiran restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur.
2- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.10 pagi. Seramai lapan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.
3-Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda Accord yang dinaiki sepasang suami isteri dan lima anak mereka.
4-Kenderaan berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler pada laluan yang sama.
6-Lebih menyedihkan, menurut Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata akibat kemalangan itu, wanita yang berusia 38 tahun itu tersepit di bahagian penumpang hadapan.
7-Wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
8-Suami mangsa yang berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.
9-Empat lagi anak mereka termasuk pasangan kembar lelaki berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan mengalami cedera ringan.
10-Beliau berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.
TITIK BUTA LORI
[caption id="attachment_97928" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
Titik buta atau blind spot merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Banyak kemalangan dan kematian berlaku akibat daripada perlanggaran di bahagian titik buta.
Statistik negara maju menunjukkan 840,000 kemalangan titik buta berakhir dengan 300 kematian. Itu negara maju. Malaysia bagaimana? Mungkin lebih tinggi.
Jadi, jika anda nampak lori di hadapan atau di belakang kenderaan, pastikan mengambil langkah-langkah pencegahan dengan tidak berada terlalu lama di bahagian titik buta.
Lakukan lima tip berikut:
i-Jangan berada terlalu lama di titik buta lori
ii-Potong secepat mungkin
iii-Jangan potong sebelah kiri
iv-Jangan mencelah antara kenderaan
v-Jika tidak mampu memotong, jaga jarak dengan lori 91 hingga 100 meter
Sumber: Bernama, Public Health, 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan