APABILA melihat struktur luar bangunan misalnya rasuk tembok, jangan suka hati untuk memijaknya ya. Amat merbahaya rupanya.
Kelihatan seperti disimen konkrit, sebenarnya tidak semua struktur sedemikian selamat untuk dipijak. Ada sebahagian struktur terbabit yang diperbuat daripada foamcrete yang amatlah 'rapuh'.
Berhati-hatilah jika ada yang berhajat hendak memijaknya barangkali ketika membuat kerja-kerja renovasi, mengecat, mengelap tingkap dan sebagainya di luar rumah.
Apa itu foamcrete? Ramai yang ingat kontraktor rumah yang menggunapakai kaedah pembinaan sedemikian menipu. Namun, begitu sebenarnya tidak.
Ini terang designer muda yang juga berpengalaman dalam bidang arkitek dalam perkongsian berkaitannya yang tular sejak semalam hingga ke hari ini.
Memudahkan kerja, cepat
Menurut Ahmadkhairul Sabirin berhubung foamcrete, beliau tidak menafikan ramai yang berasa mereka 'terkena' dengan tukang buat rumah.
Menurut Ahmadkhairul, disebabkan itu, sekiranya rumah-rumah baru, beliau tidak mencadangkan seseorang itu memijak atau memanjat pemegang rasuk tembok atau coping itu.
Itu disebabkan kebanyakannya banyak yang foamcrete.
Beliau juga berharap perkongsiannya itu disebarkan untuk manfaat bersama kerana percaya ramai lagi di luar sana tak tahu 'benda' itu dan patut tahu untuk keselamatan.
Berhati-hatilah kepada semua ya. Moga bermanfaat! -AG #rantaiankasih