PRU15: 10 tawaran hebat makanan dan minuman untuk pengundi, jangan lepas peluang tebus

Iklan
SinarPlus (5)

KEPADA anda pengundi yang membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November ini, jangan lepaskan peluang untuk menebus tawaran hebat makanan dan minuman.

Sesudah menunaikan tanggungjawab kepada negara, tidak salah memberikan ganjaran kepada diri sendiri.

Iklan
Iklan

Nikmati harga istimewa bagi jenama-jenama terkenal seperti berikut:

1-Taco Bell

Iklan

[caption id="attachment_98029" width="800"] Kredit foto: Taco Bell[/caption]

Deliciosa! Sajian Mexico ini menawarkan sajian Loaded Griller dan minuman pada harga RM5 sahaja berbanding harga biasa RM10.40! Tawaran sah pada 19 November sahaja.

Iklan

2-Secret Recipe

[caption id="attachment_98028" width="800"] Kredit foto: Secret Recipe[/caption]

Mengundi dan lapar? Boleh singgah di mana-mana cawangan Secret Recipe yang menawarkan diskaun 30 peratus untuk minuman. Syaratnya hanya tunjukkan jari yang sudah diwarnakan dengan dakwat kekal.

3-MyLaksa

[caption id="attachment_98025" width="692"] Kredit foto: MyLaksa[/caption]

Sedapnya laksa! MyLaksa menawarkan minuman percuma kepada pengundi pada 19 dan 20 November 2022 yang makan di cawangan MyLaksa.

4-OldTown

[caption id="attachment_98027" width="696"] Kredit foto: OldTown[/caption]

Kopitiam popular, Old Town White Coffee menawarkan secawan kopi percuma (sejuk atau panas) dengan mana-mana pembelian nasi atau mi di restorannya. Anda hanya perlu menunjukkan jari berdakwat kekal. Tawaran sah bagi transaksi makan di restoran atau bawa pulang sahaja.

5-Nando's

[caption id="attachment_98026" width="800"] Kredit foto: Nando's[/caption]

Yummy sajian ayam 'peri peri', Nando's ingin memberikan sajian sampingan (side dish) kepada pelanggan yang mengundi pada hari tersebut.

6-Tealive

[caption id="attachment_98030" width="686"] Kredit foto: Tealive[/caption]

Tealive berikan harga menarik RM15 bagi dua minuman mulai 14 November hingga 20 November 2020 ini. Ia terhad kepada minuman yang berharga RM10 ke bawah sahaja dan sah di semua cawangan Tealive kecuali Tealive+.

7-MarryBrown

[caption id="attachment_98024" width="688"] Kredit foto: MarryBrown[/caption]

MarryBrown tawarkan seketul ayam MB Crispy Chicken percuma pada 19 November 2022 dengan sebarang pembelian kombo! Tunjukkan jari mengundi anda di mana-mana Marrybrown berdekatan untuk dapatkan promosi sehari itu. Untuk akan di kedai, bawa pulang, pandu masuk, pandu lalu sahaja. Sah di semua restoran Marrybrown kecuali Genting Highlands, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlet dan semua lapangan terbang sementara stok masih ada.

8-Hokkaido Baked Cheese Tart

[caption id="attachment_98023" width="692"] Kredit foto: Hokkaido Baked Cheese Tart[/caption]

Sedapnya tat, jadikan menu ini ganjaran buat diri selepas menunaikan tanggungjawab kepada negara. Anda boleh mendapatkan menu classic cheese tart Hokkaido Baked Cheese Tart dengan potongan 15 peratus. Ia terhad untuk tat keju dan tat keju coklat bersaiz biasa (regular) dan kuantiti enam biji tat bagi setiap resit.

9-TGI Friday's

[caption id="attachment_98031" width="800"] Kredit foto: TGI Friday's[/caption]

Ayuhlah 'makan-makan' selepas mengundi, nikmati masa bersama yang tersayang. TGI Friday's tidak ketinggalan menghargai warga negara yang mengundi dengan menawarkan potongan sebanyak 15 peratus bagi sajian burger pada hari tersebut. Terhad satu penebusan bagi setiap pengundi.

10-CoolBlog

[caption id="attachment_98022" width="692"] Kredit foto: CoolBlog[/caption]

Selepas mengundi dan teringin minuman enak, anda boleh ke CoolBlog yang menawarkan 'topping' percuma seperti pearl, jeli mangga dan laici bagi semua menu minuman di cawangan yang mengambil  bahagian.

Buat anda yang mengundi, jangan lepaskan peluang dapatkan minuman dan makanan dengan tawaran yang hebat ini ya! Jangan lupa vote tau!

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi