Ais krim boba perisa teh susu

Iklan
aiskrim

BERITA baik untuk penggemar minuman boba, anda kini berpeluang menikmati keenakan manisan tersebut dalam bentuk aiskrim istimewa.

Rangkaian bubble milk tea (teh susu buih), Tealive bersama jenama aiskrim popular Wall’s mencipta inovasi menghasilkan aiskrim berasaskan boba, #WallsBobalicious yang boleh dimakan tanpa mengira waktu dan lokasi.

Iklan
Iklan

#WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman unik yang menggabungkan keenakan rasa teh susu dan taburan bijian kenyal (boba) dalam setiap gigitan.

[caption id="attachment_10534" width="1024"] AIS KRIM #WallsBobalicious menggabungkan keenakan rasa teh susu dan taburan bijian boba dalam setiap gigitan.[/caption]

Iklan

Aiskrim #WallsBobalicious dijual pada harga antara RM2.20 hingga RM2.70 sebatang.

Ia boleh didapati di semua pasar raya utama, kedai serbaneka dan cawangan Tealive terpilih di seluruh negara.

Iklan

Keterangan lanjut, layari laman web www.walls.com.my atau ikuti Facebook Wall’s Malaysia (www.facebook.com/wallsmalaysia/).