Nad Zainal kongsi cerita dalam 'Cina Buta'

Iklan
nad zainal

LEBIH sedekad bergelar pelakon dan berpeluang menjayakan pelbagai watak, pelakon Nad Zainal kini lebih berani mencari kelainan dalam lakonannya.

Mengakui sudah lali diberikan watak sama, pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin itu percaya masih banyak karakter yang boleh diterokai jika diberikan peluang.

Iklan
Iklan

Mengambil contoh drama terbaharu lakonannya, Cina Buta, Nad berpuas hati apabila dapat menjayakan watak baharu dalam genre romantik komedi yang belum pernah dilakonkan sebelum ini.

"Sepanjang 13 tahun dalam industri, saya rasa ini adalah drama paling puas hati saya buat.

Iklan

"Saya sudah lali diberikan watak sama yang memerlukan saya merentan, menangis dan sebagainya. Kali ini lain yang mana watak Mia Sara yang saya jayakan ini sangat menyeronokkan untuk ditonton.

"Saya sudah terbiasa dengan watak-watak berat dan air mata, jadi bila tiba-tiba buat watak romantik dan ada sisi 'cute', agak sukar buat saya. Namun saya seronok kerana memang sudah lama nantikan cerita sebegini,” katanya.

Iklan

Drama Cina Buta yang turut menampilkan lakonan Ungku Ismail dan Aliff Aziz itu  bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di Astro Ria.

Uruskan anak

Berkongsi lanjut tentang naskhah arahan Shahrulezad itu, wanita 32 tahun berkata, drama itu istimewa kerana ada beberapa babak yang melibatkan kisah benar pernah dilalui sendiri dalam rumah tangganya sebelum ini.

"Pengarah ada minta saya kongsi tentang pengalaman dalam rumah tangga seperti isu-isu remeh yang selalu jadi punca bergaduh antara suami isteri dan sebagainya.

"Lucunya dia betul-betul gunakan idea dan cerita saya itu untuk babak-babak tertentu dalam cerita ini yang buatkan saya ketawa sendiri bila menonton.

"Babak mana satu, biarlah rahsia. Semoga watak-watak dan isu yang ditampilkan dalam cerita ini dapat dijadikan iktibar,” ujarnya.

[caption id="attachment_98552" width="800"] Walaupun sibuk dengan kerjaya, anak-anak tetap jadi keutamaan Nad.[/caption]

Dalam pada itu, Nad yang kini berstatus ibu tunggal, berkata, kehidupannya kini berjalan seperti biasa dan sibuk menguruskan kerjaya serta membesarkan dua cahaya matanya, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

"Alhamdulillah saya sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga sejak dulu sehingga sekarang. Dalam soal menguruskan anak, Ibu dan bapa saya sangat membantu terutamanya ketika saya sibuk bekerja.

"Saya juga juga ada pembantu yang menguruskan anak-anak bersama. Kadang-kadang bila ada kerja yang memerlukan saya outstation, saya bawa anak sekali.

"Bekas suami juga selalu tolong jaga anak kalau saya ada sibuk. Tidak ada masalah pun,” katanya yang kini tampil cantik berhijab.

(FOTO: AZRUL RAFIE - ASTRO)