Maya Karin alami serangan panik, Faizal Hussein jadi penyelamat

Iklan
MAYA KARIN-FAIZAL HUSSEIN

BAGI yang menonton Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di TV2, Jumaat lalu, pasti perasan dengan tingkah laku aktres Maya Karin yang kelihatan kurang selesa sehingga membuat keputusan untuk membuka kasut tumit tingginya.

Menjelaskan tindakannya itu, Maya mendedahkan mengalami 'panic attack' atau serangan panik ketika mahu menyampaikan trofi Pelakon Lelaki Terbaik bersama aktor, Faizal Hussein.

Iklan
Iklan

Disebabkan serangan itu, bintang yang mula dikenali menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam itu hampir pitam dan menggigil. Namun dibantu Faizal yang cuba menenangkannya.

"Hero saya semalam (Jumaat), sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas," ujarnya di Instagram.

Iklan

[caption id="attachment_99791" width="800"] Maya dan Faizal bergandingan menyampaikan trofi Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik pada FFM32 Jumaat lalu.[/caption]

Dalam temu bual bersama Astro AWANI, Maya berkata, dia berada dalam keadaan baik, namun masih trauma dengan kejadian yang menimpanya.

Iklan

"Keadaan saya semakin baik. Namun, saya masih trauma. Sudah tentu saya berharap ia tidak pernah berlaku," jelasnya.

Maya sebelum ini mengakui mengalami masalah 'anxiety' sejak beberapa tahun lalu dan menyebabkan dia mudah sesak nafas dan tidak dapat membuat persembahan nyanyian kerana bimbang serangan itu berulang.