Pengasas jamu meninggal dunia, anak kongsi kenangan ibu sentuh hati ramai

Iklan
Pengasas jamu meninggal dunia, anak kongsi kenangan ibu sentuh hati ramai

PENGASAS produk Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam tidur di usia 78 tahun Ahad lalu.

Berita duka tersebut telah disahkan oleh anak lelakinya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn Bhd, SM Gadaffi Syed Ali.

Iklan
Iklan

SM Gadaffi atau lebih mesra dengan sapaan Habib memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan ibunya ialah pada tiga hari lalu.

Ujarnya kepada media tempatan, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk 'pergi', namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.

Iklan

"Pagi Ahad saya ada hantar video majlis konvokesyen saya kepadanya. Dia panjatkan rasa syukur atas kejayaan itu dan sifatkan saya sebagai anak yang baik.

"Malah ketika berkongsikan mengenai majlis graduasi itu di media sosial, saya ada dedikasikan kejayaan tersebut kepadanya, tapi hari yang sama dia telah pulang ke rahmatullah.

Iklan

"Kami memang rapat, sama-sama meneruskan empayar JMD. Apa pun, kami adik beradik reda atas pemergiaan dan terima kasih atas ucapan serta doa baik-baik yang dititipkan semua kepada ibu," katanya

Jenazah Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rengit, Batu Pahat, Johor sekitar jam 9 pagi semalam.

Baca juga  SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.