TEMU duga, ya lagi-lagi temu duga. Selagi tidak memperoleh kerja yang memenuhi kehendak, itulah proses yang kita perlu tempuh.
Zaman serba mencabar ini, persaingan untuk mendapatkan kerja sangat sengit.
Kepada anda yang dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga tidak kira dalam sektor swasta ataupun kerajaan, pastinya ingin buat yang terbaik kan?
Masa temu dugalah perlu dibuktikan kita layak untuk dapatkan jawatan yang ditawarkan itu, tambahan pula jika itu merupakan pekerjaan yang anda idam-idamkan selama ini.
Ada di antara kita yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan seminggu atau tiga hari sebelum temu duga.
Tak kurang juga yang ingin berhijrah dari tempat kerja lama ke tempat kerja baru dengan niat untuk membantu keluarga dan mempunyai kewangan yang lebih stabil.
Jadi, sebagai persediaan berjaya dalam temu duga, perkongsian wanita ini sangat membantu.
Menerusi Facebook Dyg Fatin Najwa, dia berkongsi tip temu duganya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang mana sangat bermanfaat untuk jadikan panduan.
BERJAYA TEMU DUGA SPA!
24/1/2022
Tarikh keluar keputusan temu duga Pegawai Perhubungan Perusahaan S41. Alhamdulillah syukur pada ALLAH keputusan temu duga aku berjaya!
Ada yang tanya apa tip berjaya? Aku tidak ada tip sangat jadi aku kongsikan pengalaman aku semoga dapat memberi manfaat buat yang masih berjuang.
- Exam: 2/7/2021
- Keputusan exam: 15/7/2021
- Pengumuman jadual temu duga: 8/11/2021
- Tarikh temu duga: 15/11/2021
- Keputusan temu duga: 24/1/2022
PERSEDIAAN SEBELUM TEMU DUGA
1. Kuasai pengetahuan asas tentang jawatan
Penting guys! Fahami fungsi jawatan tersebut jangan hanya hafal diskripsi tugas. Beza hanya menghafal dengan yang faham. Kalau kita faham kita akan jawab dengan lebih yakin mengunakan ayat kita sendiri sekiranya ditanya dan mudah untuk kita kaitkan fungsinya dengan pengalaman kerja kita.
Ulang kaji pasal kementerian yang berkaitan serta jabatan-jabatan dibawahnya. Semua ni ada di portal kementerian, google sahaja. Selain itu, isu semasa berkaitan kementerian dan jawatan, badan antarabangsa yang berperanan dan berkaitan.
2. Mock Interview (Temu duga Olok-olok)
Sangat membantu melancarkan percakapan kita semasa temu duga sebenar dan mengurangkan gemuruh kita nanti. Ajak lah kawan, adik beradik kalian buat 'mock iv'. 'Introduction' bagi saya kena 'perfect' ini adalah soalan cepumas soalan wajib! Jadi practik betul-betul susun ayat cantik-cantik.
3. Tip 'interview' SPA di YouTube
Yang ini aku sarankan kalian tengok video-video 'sharing tip SPA channel SuperMatt Sharing'. Beliau merupakan panel penemu duga SPA yang berpengalaman jadi dia tahu apa 'expectation' penemu duga.
4. Join grup Telegram & WhatsApp
Yang ni aku tahu ramai akan buat cuma ada juga yang jenis 'ignorant'. Jangan jadi macam tu guys. Joinlah grup yang ada. Kalau tak ada yang buat grup, bersikap proaktif untuk cipta grup. Belajarlah sama-sama calon lain.
Baca juga Elak kasut tapak rata, fesyen ekstravaganza ketika hadir temu duga. Ikuti tip ini…
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat.
Jangan sedih kalau masih belum berjaya. Yakin ALLAH dah tetapkan rezeki kita masing-masing walau di mana kita berada.
Sumber: Facebook Dyg Fatin Najwa
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.