Kemewahan Audi RS Q8 bikin sesiapa terpesona. Capai rekod kelajuan tertinggi, disokong dengan sistem hibrid

Iklan
Audi RS Q8

PHS Automotive Malaysia baru-baru ini memberi saingan buat segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) tempatan dengan penambahan koleksi varian terbaharu, Audi RS Q8.

Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia itu dalam satu kenyataan menyebut, model SUV tersebut ditawarkan pada harga RM1.69 juta dengan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun.

Iklan
Iklan

"Selain hadir dengan 4.0 liter turbo kembar V8 yang menghasilkan kuasa 600PS pada 6,000rpm dan tork 800Nm, jentera mewah tersebut mampu memecut hingga 100 kilometer (km) perjam dalam tempoh 3.8 saat.

"Kelebihan itu menjadikan ia jentera SUV Audi pertama yang berjaya mencapai rekod kelajuan tertinggi 3.5km perjam, selain sistem bateri litium-ion padat yang memberi penjimatan hingga 0.8 liter per 100km,” kata jenama tersebut.

Iklan

Jentera berkuasa tinggi berkenaan juga disokong sistem hibrid ringan 48 voltan dan turut menawarkan bantuan tepi jalan selama lima tahun, ditambah dengan penyelenggaran percuma dalam tempoh tiga tahun.

Iklan

Baca juga SUV mewah kalis peluru bernilai RM1 juta, rekaan jentera kebal terbaharu Rezvani buat ramai terpukau

Berikut spesifikasi Audi RS Q8:

  • Dilengkapi tempat duduk hadapan dengan fungsi elektrik 12 hala dengan sokongan lumbar dan fungsi memori.
  • Ciri pelindungan matahari elektrik untuk tingkap belakang dan bumbung matahari.

  • Sistem kawalan pelayaran adaptif, lapan beg udara, amaran pertukaran lorong, amaran pelepasan lorong, bantuan trafik silang hadapan dan pemantauan pandangan 360 darjah.
  • Memiliki paparan RS di kokpit maya dan skrin grafik RS untuk pemeriksaan tekanan tayar, pusingan termasuk petunjuk anjakan gear bersepadu.

Baca juga Model SUV paling dinantikan tahun 2022, pilihan nombor 1 memang power

  • Lapan mod pemanduan termasuk automatik, dinamik, kecekapan, keselesaan, allroad, offroad, dua mod iaitu RS1 dan RS2.

  • Sistem pemilihan pemacu membantu mengawal tindak balas enjin dan transmisi, suspensi udara dan tetapan stereng pada semua roda.
  • Tempat duduk dengan fungsi pengudaraan dan urutan bersama kemasan kulit Nappa.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.audi.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi