Next-Generation Ford Everest khas untuk jiwa pengembara, tak perlu risau soal keselamatan jentera

Iklan
Next-Generation Ford Everest

SIME Darby Auto ConneXion yang merupakan pengedar tunggal Ford di Malaysia baru-baru ini melancarkan varian terbaharu, Next-Generation Ford Everest.

Pengarah Urusan Pengedaran Pasaran Ford Asia Pasifik, DJ Simpson berkata, Ford Everest terkenal dengan imej 'rakan sempurna' untuk mereka yang sukakan aktiviti pengembaraan.

Iklan
Iklan

"Model terbaharu ini dijangka memberi manfaat kepada pengguna dengan keupayaan luar biasa pada terasnya dan memberi pelindungan terbaik dari segi reka bentuk dalaman.

"Next-Generation Ford Everest telah diperkemaskan dengan piawaian keselamatan dan teknologi terkemuka. Ia dijangka memberi impak besar untuk pasaran tempatan,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion (Ford), Turse Zuhair berkata, pengenalan jentera utiliti sukan tersebut berupaya menyuntik inspirasi tanpa had kepada para peminatnya.

Iklan

"Keupayaan Next-Generation Ford Everest mampu menjadi teman ideal kepada mereka terutama yang berjiwa lasak,” katanya.

Baca juga Ford Ranger FX4, trak pertama di lancarkan secara online

Baca juga Kenali 5 trak ekstrem paling canggih di dunia, nombor 3 memang power

Model terbaharu itu didatangkan dengan tiga varian iaitu sport (tersedia untuk pacuan dua roda), trend (pacuan empat roda) dan 4WD berspesifikasi tinggi (titanium).

Harga ditawarkan tanpa insurans bermula RM263,888 (Everest Sport), RM281,888 (Everest Trend) dan RM308,888 untuk Everest Titanium.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web https://www.sdacford.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi