“Al-Fatihah untuk bapaku yang tercinta” - Bapa Noki meninggal dunia

Iklan
Noki K-Clique

PENYANYI yang juga anggota kumpulan K-Clique, Noki berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Aji Lee Ahsam yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Jumaat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun di rumahnya di Kota Kinabalu, Sabah.

Iklan
Iklan

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkongsi berita tersbeut menerusi akaun Instagramnya semalam.

"Bismillah. Ya Allah tempatkanlah bapaku dengan orang-orang yang beriman dan masukkanlah bapaku di syurga pertama-MU ya Allah. Amin ya Allah Amin.

Iklan

"Al-Fatihah untuk bapaku yang tercinta,” tulisnya yang kini di berada Sabah untuk bersama keluarga menyermpurnakan jenazah arwah bapanya.

[caption id="attachment_100587" width="800"] Allahyarham meninggal dunia pada usia 66 tahun.[/caption]

Iklan

Difahamkan arwah bapa Noki sebelum ini mengalami lumpuh kedua-dua belah kakinya dan hanya terlantar di katil, namun Allahyarham tidak mempunyai sebarang penyanyi kronik.

Perkongsian finalis AJL37 itu turut mendapat perhatian daripada peminat dan rakan-rakan selebriti yang mendoakan Allahyarham, selain memberikan kata-kata semangat buat Noki serta keluarga.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.