Vokalis Azarra Band, Ejai Aziz kembali bergelar suami selepas setahun menduda

Iklan
vokalis azarra band bergelar suami - ejai aziz

SELEPAS setahun hidup menduda, vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz kembali bergelar suami apabila selamat disatukan dengan gadis pilihan hati, Nursyahirah Azhar dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu.

Ejai atau nama penuhnya Mohd Azrizal Mohd Aziz, 35, menyifatkan perkahwinan kali keduanya itu sebagai satu nikmat dalam kehidupannya selepas mengalami kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Tidak semua orang diberikan nikmat bertemu jodoh lebih daripada sekali. Jadi saya berharap agar kesempatan kali kedua ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

"Alhamdulillah segala puji bagi Allah kami selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 9 Disember lalu.

Iklan

"Terima kasih atas doa kalian buat kami. Untuk keluarga tercinta, terima kasih untuk segala urusan kelancaran majlis kami,” ujarnya.

[caption id="attachment_100643" width="800"] Biarpun tempoh perkenalan dengan isteri singkat, Ejai berharap perkahwinan kali kedua itu kekal selamanya .[/caption]

Iklan

Sementara itu, majlis resepsi dan persandingan Ejai dan isteri berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Kluang, Johor pada Sabtu.

Berkongsi detik perkenalan dengan isteri, Ejai berkata, mereka hanya kenala dalam tempoh yang singkat dan terus mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Kami baru sahaja kenal pada tahun lepas. Biarlah orang kata tempoh perkenalan kami singkat, asalkan jodoh kami berpanjangan hingga ke akhir hayat itu lebih diutamakan,” katanya.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Ejai dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhamad Amie Rayyan, 6, dan Muhamad Anas Hafiy, 5.

[caption id="attachment_100644" width="800"] Ejai bersama dua cahaya mata daripada perkahwinan pertama dengan bekas isteri.[/caption]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.